Pages

Sunday, 24 February 2013

SIAPA DIA???

saya nak share satu benda yang sering menghantui malam-malam ku... hatiku sering berdoa, aku inginkan cinta selepas berkahwin... aku tidak mahu mencintai bukan mahramku jika di izinkan Allah...
nak cite ngan semua, setiap malam dan pas solat saya mesti akan berdoa suapaya dikurniakan suami yang soleh dan mendapat anak2 yang soleh dan solehah...

setiap kali saya berdoa, sy mesti bermimpi yang saya didatangi oleh seorang lelaki yang saya tidak kenali dan tidak pernah lihat selama ni... saya tidak tahu siapa... saya tidak kenal siapakah dia... saya tidak tahu di orang mana...

dalam mimpi 2, kalau saya jumpa dia,,, mesti saya rasa sangat2 bahagia... saya pernah mimpi dia jumpa wali saya... dia g umah dan bercakap2 ngan family saya...tapi...........saya tidak tahu apa yang mereka borakkan..

saya juga pernah mimpi dia mengajar saya ngaji... berborak2 ngan dia dengan ditemani oleh mahram saya... seriusly, bangun je dari tido,,, mesti saya tersenyum2...hehe...rasa sangat bahagia... saya amat tertarik dengan perwatakannya yang cinta akan Allah dan agamaNYA...

sekarang ni, saya hanya mampu berdoa untuk Allah bertemukan saya dengan dia jika dia jodohku yang Allah tuliskan untukku... :-)


p/s: doakan saya ditemukan dengan imam saya cepat ye.... hehe :-)
may Allah bless u all...

COMEL TAK YANG SAYA EDIT???






















Saturday, 23 February 2013

PEREMPUAN DAN AURATNYA



Tempat wanita adalah di rumah. Mereka hanya keluar apabila terdapat keperluan yang mendesak. Dalilnya ialah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam yang bermaksud:Seorang wanita adalah aurat, maka apabila dia keluar daripada rumahnya syaitan akan menghias-hiaskannya.” Juga firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu [surah al-Ahzab 33:33]



Sesiapa memusuhi Allah dan memusuhi Malaikat-malaikat-Nya dan Rasul-rasul-Nya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.” [al-Baqarah 2:98]

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[surah al-Ahzab 33:59]






Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
[surah al-Nur 24:31]

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat; dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
[surah al-Nur 24:51]

firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud: Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, berkata al-Imam al-Jashshash rahimahullah:

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, Mujahid dan ‘Atha’ tentang firman-Nya: “kecuali yang zahir daripadanya”, (mereka) berkata: “Apa yang ada (kelihatan) pada muka dan telapak tangan, warna telapak tangan dan celak mata.” Diriwayatkan yang seumpama daripada Ibn ‘Umar, demikian juga daripada Anas. Diriwayatkan juga daripada Ibn ‘Abbas (beliau berkata): “Ia adalah telapak tangan, muka dan cincin.” Manakala A’isyah berkata: “Perhiasan zahir adalah gelang dan cincin yang tidak bermata.” Berkata Abu ‘Ubaidah: “Cincin tak bermata (dan) cincin.” Berkata al-Hasan: “Mukanya dan apa yang nampak dari pakaiannya.” Berkata Sa‘id bin al-Musayyib: “Mukanya dan apa yang nampak darinya.” Diriwayatkan oleh Abu al-Ahwash daripada ‘Abd Allah, beliau berkata: “Perhiasan itu ada dua, (pertama ialah) perhiasan batin yang tidak dilihat kecuali oleh suami – iaitu rantai, gelang dan cincin. (Kedua ialah) perhiasan zahir – iaitu pakaian.” Berkata Ibrahim: “Perhiasan zahir ialah pakaian.”  [Ahkam al-Qur’an (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut), jld. 3, ms. 408]





 firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, al-Imam al-Jashshash rahimahullah berkata:

Dikatakan bahawa yang dimaksudkan adalah baju al-Dar‘u (sejenis baju umpama baju kurung Melayu) yang memiliki belahan di bahagian lehernya. Apabila wanita memakai al-Dar‘u, ia mendedahkan dada dan leher. Maka Allah memerintah mereka untuk menutupnya dengan firman-Nya: “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka” (maksudnya hendaklah kain tudung kepala yang dipakai dilabuhkan ke depan agar menutup belahan dada dan leher). Di sini terdapat dalil bahawa dada wanita dan lehernya adalah aurat yang tidak boleh dilihat oleh orang lain. [Ahkam al-Qur’an, jld. 3, ms. 409]

Adapun yang dimaksudkan dengan “sunan solat”, ia adalah sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Baji rahimahullah (474H), salah seorang mujtahid Mazhab Maliki di dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh al-Muwattha’ (Dar al-Kitab al-Islami, Beirut tp.thn.), jld. 1, ms. 247. Beliau berkata:

Maka adapun berkenaan pakaian (solat) maka sesungguhnya baginya terdapat dua jumlah, jumlah yang fardhu dan jumlah yang utama. Maka adapun yang fardhu bagi seorang lelaki maka ia adalah apa yang menutupi aurat dan tidak wujud perbezaan pendapat tentang kefardhuannya. Akan tetapi para sahabat kami berbeza pendapat tentang tafsir yang sedemikian. Berkata al-Qadhi Abu al-Faraj, ia adalah salah satu fardhu daripada kefardhuan solat dan ini adalah juga pendapat Abu Hanifah dan al-Shafie. Dan berkata al-Qadhi Abi Ishaq sesungguhnya ia adalah daripada sunan solat, dan ini adalah juga merupakan pendapat Ibn Bukair dan al-Syaikh Abu Bakr. Adapun faedah perbezaan pendapat ini, bahawasanya jika kami berkata sesungguhnya ia adalah daripada kefardhuan solat maka solat akan batal dengan ketiadaan penutup aurat manakala jika kami berkata ia bukanlah daripada kefardhuan solat (ertinya ia adalahsunan) maka berdosa orang yang meninggalkan penutup aurat akan tetapi tidaklah batal solatnya.

Mujtahid Mazhab Maliki, al-Imam al-Haththabi rahimahullah (954H) dalam kitabnyaMawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar al-Syaikh Khalil (Dar al-Fikr, Beirut 1398H), jld. 1, ms. 498 berkata:



(Jika) Imam jatuh penutup auratnya ketika rukuk lalu dia menarik semula selepas mengangkat kepala (daripada posisi rukuk), berkata Ibn al-Qasim daripada Musa: Tidak apa-apa ke atasnya (yakni solatnya tidak batal) jika dia menarik semula. Akan tetapi jika dia tidak menarik semula maka perlu diulangi solat dalam waktunya kerana pada asalnya menutup aurat adalah daripada sunan solat.

Ia adalah berkenaan batas aurat wanita, maka kebanyakan ilmuan berpendapat bahawa keseluruhan badannya adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan. Dan Abu Hanifah berpendapat kaki bukanlah aurat. Dan Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman dan Ahmad (bin Hanbal) berpendapat seluruhnya adalah aurat.

Sebab perbezaan ini adalah berdasarkan kepada firman Allah Ta‘ala (yang bermaksud):“Dan janganlah mereka (kaum wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” [Surah al-Nur 24:31] – apakah pengecualian yang dimaksudkan merujuk kepada anggota tertentu atau anggota yang sememangnya tidak dapat dilindungi? (maksud pendapat yang kedua: sekalipun berpakaian sepenuhnya, mereka tetap dapat dikenali sebagai seorang wanita disebabkan zahir bentuk badan mereka)

Mereka yang berpendapat bahawa pengecualian tersebut bermaksud anggota yang sememangnya tidak dapat dilindungi ketika bergerak berkata seluruh badannya adalah aurat termasuk bahagian belakang. Mereka berhujah dengan keumuman firman AllahTa’ala: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar).” [surah al-Ahzab 33:59)

Mereka yang berpendapat bahawa pengecualian tersebut bermaksud anggota yang secara kebiasaan (sebab tugas harian) tidak ditutup – yaitu muka dan dua telapak tangan – berkata bahawa dua anggota ini tidak termasuk aurat. Pendapat ini mereka perhujahkan bahawasanya wanita tidak menutupi mukanya (ketika melakukan ibadah) haji.






Friday, 22 February 2013

TOMYAM BORNEO

sunyinya kolej ni law dah start cuti... rutin sebagai pelajar yang dari jauh ni biasa la... jadi guard semantara kolej... maklumlah law nak balik sabah dari kuantan tak berbaloi law nak balik seminggu jak... dalam perjalanan dah ambik masa 2 hari... xlama gak dok kat umah...

biasa la perempuan, dah lm dok merantau... gian gak nak memasak... cuti2 ni boleh la kluarkan semua barang yang dilarang bawa ke kolej... 


tadaaaaaaaaaaaa rice cooker kluar dari poket doremon... hehehehe

bosan2 dok kat kolej.... kami pun pakat2 nak barang tuk masak tom yam.... best gak shopping dalam masa 3 jam... x terasa 3 jam shopping... best... ase xcukup g 3 jam 2... cam tak nak kluar jak dari market 2... 




ni la barang2 yg kami beli masa shopping... banyak kan... hehehe.. (patut le aku gemuk... bru perasan... hehehe)

sebelum maghrib kami mula masak.... dekat jam 9 gak bru siap... sedap gak makan ramai2 ni... maklumlah, jarang gak leh makan ngan kawan2... biasa ngan member bilik jak...

nak tengok tomyam kami..... tadaaaaaaaaaaa


sedappppppppppppppppppp.........




ni lak kmi bungkus tuk yang tak dapat datang........ 2 la jalinan kasih keluarga borneo... hehe

Monday, 18 February 2013

MY FIRST TESTIMONI (USING SHISEIDO)

taw tak pe tu shiseido??? mesti taw kan... tonight my first expriance guna shiseido... mula2 tu xde rs nak guna.. biar je la member beli.. sy tgk je... dah member guna, teringin gak maw guna.. 


kmi pun guna ikut smua peraturannya la ni... siap stimkan muka g ngn ari panas.. 
taw tak cm na nak stimkan muka ngan air.. gini, mula2 kami masak air, pastu tuangkan kat dalam baldi, muka hadapkan kat baldu tu n tutup ngn tuala supaya wap 2 xkluar.. mak ai, pns 2 ... merah trus muka... tp nak cntik, tahan jak le,.. hehe.. tahan jap pastu bru pakai shiseido td..

best gak guna, tegang je buka... dah nak buka 2 la ada sakit sikit bab dia tarik samua blackhead n roma kat muka 2.. tahan jak le.. tak kan nak biar hitam lak kan.. nnt bgn subuh terkejut lak member sebelah katil.. hehe..

ingatkan muka sy ni xde blackhead... dah buka bru taw cm na banyaknya... shiseido 2 bukan lagi warna hitam, tapi cam nak ke warna putih dah... tapi mmg best la pas guna 2.. muka rasa licin n best sgt...




ni la warna shiseido pas aku guna... jom try shiseido...



Sunday, 17 February 2013

PERISTIWA MALAM BIRTHDAY-KU

12 TENGAH MALAM (17 FEBRUARI 2013)


malam 2 aku ngntuk awl sebab bosan tak taw nak wat pe.. konon2 thesis dah siap la ni.. tp blom edit gpun... aku pun layan je la msj dari kawan2 dari sekolah lm dulu (SMKA limauan)... jam 9.22pm..tut tut bunyi mesej... bukak je ade orang wish birthday aku.. mak ai awal sngt ni... hehe.. nak taw tak apa dia kata? dia kata "hepi bday............................last2 dia kata sori wish awal sbb nak tdo.. tkt tak tbgn nnt.. "hehe
aku bls jak le, tq.. dia la org first.. 

nak cite sal roomate aku (minta maaf la law akak 2 org 2 terbaca la ye).. hehe..
aku ase dorang lupa bday aku..12 tu aku jwb panggilan telefon dari norzita.... dia wish bday aku... maybe dorang terdengar kot perbualan aku ngn eta... masa aku berckp ngan ita, ada bunyi mesej tel kaq sya, pas2 dia terus kata, "oh ya kah birthday pija ari nie... tak taw lak.. ptt la masa hr 2 dia kata ade org nak bg dia hadiah bday handbag... bday dia rupanya.. hehehe"
aku ase mesej 2 dari kak ain... hehe.. kantoi dah....

pas aku hbs ckp ngan eta, bru dorg wish aku,,, hepinya... terharu gakkkkkk...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO PIJA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
(sambil kak sya g tempat saya, suh tiup gelas.. mak ai...hehehe.. lawak.. pengganti kek la kononnya)

ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN PIJA,
ALLAH SELAMATKAN KAMU,.................



p/s: alhamdulillah Allah msh mengizinkan aku hidup di atas bumiNYA yg indah ini....





MY BIRTHDAY (17 FEBRUARU 1992)

17 feb 1992- adalah hari yang amat bersejarah bagiku,,, bila tiba je 17 feb dalam setiap tahun, mesti sy teringat akan pengorbanan mak sy ketika hendak melahirkanku... nak taw tak kisah aku dulu2... meh la bc..

17 februari 1992

nama aku norshafizah binti abu talip... aku dilahirkan pada tarikh yg aku gtaw d ats (17021992).. aku dilahirkan di rumah nenek aku kat kampung pasir putih ulu sipitang,sipitang sabah. law aku xsilap aku dilahirkan tyme petang.. 2 la muka gelap2 sikit..hehe.. gurau2 je..
aku dilahirkan oleh 2 orng bidan kampung, law xsilap aku salah seorannya arwah datuk aku(moyang)... dia bru je meninggal dunia pd 12.02.2013 bru2 ni...tyme dia mninggal 2 umo dia 105 tahun.. al-fatihah tuk atok..
sambung bali cerita,,, masa mak aku nak mlhirkan aku 2, 2 lebih mak aku mnahan sakit sbb aku xleh nak kluar..mcm2 cara dah bidan 2 buat, tp xleh... akhirnya dengan izin Allah aku dilahirkan gak secara normal tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............................

aku dilahirkan tanpa nyawa... aku xmenangis... muka kebiru2an...

aku dilahirkan dengan keadaan tidak mnangis sebab aku lemas dalam perut.. aku terminum air ketuban.. demi nak menyelamatkan aku,, mcm2 nenek, atok, bidan n kluarga buat.. antaranya terbalikkan kepala aku g bwh, bergendang tin (adat je), tekan2 kan dada (ala2 CPR)... TAPI.... msih gak xmenangis...

slepas beberapa minit, datang seorg jiran (arwah datuk kadir) tuk menyedut air ketuban yg aku terminum... dia hisap hidung dan mulut aku beberapa kali.. (ya Allah, xdpt nak dibygkan cam na.. taw tak air ketuban 2 cm na asenye??? mak kata bbau n hanyir..sbb tu la yg lain xsanggup nak buat cm 2)...walaupun g2, datuk 2 ttp gak buat sbb nak selamatkan aku.. terima kasih Allah sbb mgirimkan hambaMU yg baik hati kpdku tika aku memerlukannya...alhamdulillah...

selang beberapa minit.. aku pun menangis... :-) alhamdulillah, Allah mengizinkan aku hidup dan alhamdulillah Allah memberikan aku nikmat nyawa..


alhamdulillah, aku msh lagi diizinkan Allah tuk hidup di duniaNYA...

p/s: kesukaran yg mak aku hadapi ms 2 tidak dapat aku bayangkan... Allah je yg tahu.. law diigt kmbli cite ni, ase cm nak ngis pun ade... tp apa balasan kita terhadap mak ayah??? nauzubillah, jgnlah mnjadi anak derhaka.. xcium bau syurga nnt.. ingatlah satu kata2..

"redha Allah terletak di atas redha kedua ibu bapa"