Tempat wanita adalah di rumah. Mereka hanya keluar apabila terdapat keperluan yang mendesak. Dalilnya ialah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam yang bermaksud:“Seorang wanita adalah aurat, maka apabila dia keluar daripada rumahnya syaitan akan menghias-hiaskannya.” Juga firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu” [surah al-Ahzab 33:33]
“Sesiapa memusuhi Allah dan memusuhi Malaikat-malaikat-Nya dan Rasul-rasul-Nya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.” [al-Baqarah 2:98]
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[surah al-Ahzab 33:59]
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”
[surah al-Nur 24:31]
“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat; dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.”
[surah al-Nur 24:51]
firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”, berkata al-Imam al-Jashshash rahimahullah:
“Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, Mujahid dan ‘Atha’ tentang firman-Nya: “kecuali yang zahir daripadanya”, (mereka) berkata: “Apa yang ada (kelihatan) pada muka dan telapak tangan, warna telapak tangan dan celak mata.” Diriwayatkan yang seumpama daripada Ibn ‘Umar, demikian juga daripada Anas. Diriwayatkan juga daripada Ibn ‘Abbas (beliau berkata): “Ia adalah telapak tangan, muka dan cincin.” Manakala A’isyah berkata: “Perhiasan zahir adalah gelang dan cincin yang tidak bermata.” Berkata Abu ‘Ubaidah: “Cincin tak bermata (dan) cincin.” Berkata al-Hasan: “Mukanya dan apa yang nampak dari pakaiannya.” Berkata Sa‘id bin al-Musayyib: “Mukanya dan apa yang nampak darinya.” Diriwayatkan oleh Abu al-Ahwash daripada ‘Abd Allah, beliau berkata: “Perhiasan itu ada dua, (pertama ialah) perhiasan batin yang tidak dilihat kecuali oleh suami – iaitu rantai, gelang dan cincin. (Kedua ialah) perhiasan zahir – iaitu pakaian.” Berkata Ibrahim: “Perhiasan zahir ialah pakaian.” ” [Ahkam al-Qur’an (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut), jld. 3, ms. 408]
firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud: “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”, al-Imam al-Jashshash rahimahullah berkata:
“Dikatakan bahawa yang dimaksudkan adalah baju al-Dar‘u (sejenis baju umpama baju kurung Melayu) yang memiliki belahan di bahagian lehernya. Apabila wanita memakai al-Dar‘u, ia mendedahkan dada dan leher. Maka Allah memerintah mereka untuk menutupnya dengan firman-Nya: “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka” (maksudnya hendaklah kain tudung kepala yang dipakai dilabuhkan ke depan agar menutup belahan dada dan leher). Di sini terdapat dalil bahawa dada wanita dan lehernya adalah aurat yang tidak boleh dilihat oleh orang lain.” [Ahkam al-Qur’an, jld. 3, ms. 409]
Adapun yang dimaksudkan dengan “sunan solat”, ia adalah sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Baji rahimahullah (474H), salah seorang mujtahid Mazhab Maliki di dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh al-Muwattha’ (Dar al-Kitab al-Islami, Beirut tp.thn.), jld. 1, ms. 247. Beliau berkata:
“Maka adapun berkenaan pakaian (solat) maka sesungguhnya baginya terdapat dua jumlah, jumlah yang fardhu dan jumlah yang utama. Maka adapun yang fardhu bagi seorang lelaki maka ia adalah apa yang menutupi aurat dan tidak wujud perbezaan pendapat tentang kefardhuannya. Akan tetapi para sahabat kami berbeza pendapat tentang tafsir yang sedemikian. Berkata al-Qadhi Abu al-Faraj, ia adalah salah satu fardhu daripada kefardhuan solat dan ini adalah juga pendapat Abu Hanifah dan al-Shafie. Dan berkata al-Qadhi Abi Ishaq sesungguhnya ia adalah daripada sunan solat, dan ini adalah juga merupakan pendapat Ibn Bukair dan al-Syaikh Abu Bakr. Adapun faedah perbezaan pendapat ini, bahawasanya jika kami berkata sesungguhnya ia adalah daripada kefardhuan solat maka solat akan batal dengan ketiadaan penutup aurat manakala jika kami berkata ia bukanlah daripada kefardhuan solat (ertinya ia adalahsunan) maka berdosa orang yang meninggalkan penutup aurat akan tetapi tidaklah batal solatnya.”
Mujtahid Mazhab Maliki, al-Imam al-Haththabi rahimahullah (954H) dalam kitabnyaMawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar al-Syaikh Khalil (Dar al-Fikr, Beirut 1398H), jld. 1, ms. 498 berkata:
“(Jika) Imam jatuh penutup auratnya ketika rukuk lalu dia menarik semula selepas mengangkat kepala (daripada posisi rukuk), berkata Ibn al-Qasim daripada Musa: Tidak apa-apa ke atasnya (yakni solatnya tidak batal) jika dia menarik semula. Akan tetapi jika dia tidak menarik semula maka perlu diulangi solat dalam waktunya kerana pada asalnya menutup aurat adalah daripada sunan solat.”
“Ia adalah berkenaan batas aurat wanita, maka kebanyakan ilmuan berpendapat bahawa keseluruhan badannya adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan. Dan Abu Hanifah berpendapat kaki bukanlah aurat. Dan Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman dan Ahmad (bin Hanbal) berpendapat seluruhnya adalah aurat.
Sebab perbezaan ini adalah berdasarkan kepada firman Allah Ta‘ala (yang bermaksud):“Dan janganlah mereka (kaum wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” [Surah al-Nur 24:31] – apakah pengecualian yang dimaksudkan merujuk kepada anggota tertentu atau anggota yang sememangnya tidak dapat dilindungi? (maksud pendapat yang kedua: sekalipun berpakaian sepenuhnya, mereka tetap dapat dikenali sebagai seorang wanita disebabkan zahir bentuk badan mereka)
Mereka yang berpendapat bahawa pengecualian tersebut bermaksud anggota yang sememangnya tidak dapat dilindungi ketika bergerak berkata seluruh badannya adalah aurat termasuk bahagian belakang. Mereka berhujah dengan keumuman firman AllahTa’ala: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar).” [surah al-Ahzab 33:59)
Mereka yang berpendapat bahawa pengecualian tersebut bermaksud anggota yang secara kebiasaan (sebab tugas harian) tidak ditutup – yaitu muka dan dua telapak tangan – berkata bahawa dua anggota ini tidak termasuk aurat. Pendapat ini mereka perhujahkan bahawasanya wanita tidak menutupi mukanya (ketika melakukan ibadah) haji.”
No comments:
Post a Comment