Pages

Saturday, 10 March 2012

HATI MANUSIA ATAU SYAITAN???


perkongsian ilmu melalui kisah benar...

saya ada seorang pak cik yang amat baik hati... dia merupakan adik tiri ayah saya... setelah sekian lama belajar akhirnya dia berjaya menamatkan pelajaran dengan keputusan yang amat membanggakan semua ahli keluarga sehinggalah dia mendapat jawatan terpenting dalam sebuah syarikat yang amat terkenal...meskipun telah menjawat jawatan yang amat tinggi tetapi dia tetap menjadi dirinya sendiri iaitu seorang yang amat baik hati, pemurah, tidak sombong dan hencem....

suatu ketika dia telah pergi riadah bersama rakan2 sepejabatnya.... mereka pergi bermain badmintan... tiba2 pak cik pengsan...dengan keadaan cemas, rakan2 pak cik sy nie pun bawa pak cik ke hospital...pas smua dh kena check... doktor tak dapat kesan pe penyakit pak cik sy...

ahli keluarga pun cari alternatif len... iaitu menggunakan ubat kampung dengan membawa seorang ustaz tuk merawat pak cik saya... pas2 beberapa jam, ustaz pun selesai merawat pak cik... MASYAALLAH, ustaz tue menemui satu kain putih yang berikat lima yang sama seperti bentuk mayat di dalam badan pak cik...tetapi malangnya semua tue dah terlambat... pak cik saya dah pun lumpuh....

tahun berganti tahun, keadaan pak cik saya sama seperti mayat hidup... jika hendak dilihat seperti tulang yang dibaluti dengan kulit yang masih lagi bernyawa... masyaAllah.. sesungguhnya Allah sahaja yang mengetahui penderitaan yang ditanggung oleh pak cik... makan melalui hos dari hidung... begitu juga minum...bergerak tak dapat,,, hanya mata yang bergerak kekri dan ke kanan....

selama sakitnya,,, kami sekeluarga tak pernah lupa menziarahinya... setiap kali saya ikut bapa menziarahi adik bongsunya itu pasti ayah akan mengalirkan air mata... begitu juga pak cik,,, walaupun dia tak menjawab apa yang ayah cakap,,, tapi dia seolah2 faham dan mendengar apa yang ayah cakap... rasanya tak sanggup sy nak tengok pak cik dalam keadaan begitu... SIAPALAH MANUSIA YANG BERHATI SYAITAN YANG BERMAIN DENGAN SIHIR TU??? sesungguhnya Allah tu maha adil, kebaikan ganjarannya syurga Allah... kejahatan balasannya neraka yang terpernah jemu membakar orang2 yang melakukan dosa...

hampir 9 tahun pak cik menanggung derita dengan sihir dari orang... akhirnya pada hari ini iaitu 10 march 2012 pak cik telah dijemput oleh Illahi tuk menemuinya... mudah2an pak cik berada bersama2 orang2 yang beriman... aminnnn~ al-fatihah....

wahai orang2 yang berkawan dengan syaitan untuk menyakiti manusia lain, ingatlah bahawa api neraka tue sedang memanggil2 awk tuk dibakar....

firman ALLAH SWT yang bermaksud :

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."
Al-Baqarah , 102
 


marilah kita amalkan doa tuk elak sihir dan pukau... sebab kita tak tahu niat seseorang kepada kita...
1) baca doa ini.


"dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudharatan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan DIAlah ALLAH yang maha mendengar, lagi maha mengetahui."

2) ayatul kursi.
3) al-muawwizat (surah al-ikhlas, al-falaq dan an-naas).
4) berniat lakukan amalan di atas agar ALLAH hindarkan dari apa jua bahaya.


insyaAllah, Allah melindungi kita dari sebarang niat jahat dari orang2 yang bertopengkan syaitan,,,amin ya rabb al-amin,,,,,....

No comments:

Post a Comment