Pages

Thursday, 27 December 2012

SIAPA HERBALIFE???



Herbalife diasaskan oleh Mark Hughes. Semasa beliau remaja, beliau tidak sanggup menyaksikan bagaimana kesihatan ibunya menjadi semakin buruk selepas ibunya mencuba satu demi satu diet yang tidak berjaya. Tragisnya, setelah melalui begitu banyak amalan yang tidak sihat, ibunya meninggal dunia ketika berumur 36 tahun. 

Mark bertekad untuk mengabdikan hidupnya menolong orang ramai menurunkan dan mengawal berat badan dengan efektif dan selamat. Pada tahun 1980, beliau melancarkan Herbalife dan dengan penuh kapakaran membina reputasi sebagai pembekal produk-produk pengawalan berat badan, nutrisi dan penjagaan diri. 

Herbalife hanya menggunakan vitamin, zat galian, herba dan botani yang terbaik dalam produknya. Pasukan kajian dan pembangunannya menggabungkan sains dan sumber asli untuk menyediakan produk mempertingkatkan kesihatan menggunakan teknik termaju yang sempurna untuk semua peringkat umur. Sama ada anda sedang cuba mengurangkan berat badan atau sebagai tambahan kepada diet anda untuk nutrisi optimum atau supaya kelihatan segak dengan produk penjagaan diri, Herbalife menawarkan sesuatu untuk semua. 

No comments:

Post a Comment