Pages

Sunday, 24 February 2013

SIAPA DIA???

saya nak share satu benda yang sering menghantui malam-malam ku... hatiku sering berdoa, aku inginkan cinta selepas berkahwin... aku tidak mahu mencintai bukan mahramku jika di izinkan Allah...
nak cite ngan semua, setiap malam dan pas solat saya mesti akan berdoa suapaya dikurniakan suami yang soleh dan mendapat anak2 yang soleh dan solehah...

setiap kali saya berdoa, sy mesti bermimpi yang saya didatangi oleh seorang lelaki yang saya tidak kenali dan tidak pernah lihat selama ni... saya tidak tahu siapa... saya tidak kenal siapakah dia... saya tidak tahu di orang mana...

dalam mimpi 2, kalau saya jumpa dia,,, mesti saya rasa sangat2 bahagia... saya pernah mimpi dia jumpa wali saya... dia g umah dan bercakap2 ngan family saya...tapi...........saya tidak tahu apa yang mereka borakkan..

saya juga pernah mimpi dia mengajar saya ngaji... berborak2 ngan dia dengan ditemani oleh mahram saya... seriusly, bangun je dari tido,,, mesti saya tersenyum2...hehe...rasa sangat bahagia... saya amat tertarik dengan perwatakannya yang cinta akan Allah dan agamaNYA...

sekarang ni, saya hanya mampu berdoa untuk Allah bertemukan saya dengan dia jika dia jodohku yang Allah tuliskan untukku... :-)


p/s: doakan saya ditemukan dengan imam saya cepat ye.... hehe :-)
may Allah bless u all...

COMEL TAK YANG SAYA EDIT???






















Saturday, 23 February 2013

PEREMPUAN DAN AURATNYA



Tempat wanita adalah di rumah. Mereka hanya keluar apabila terdapat keperluan yang mendesak. Dalilnya ialah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam yang bermaksud:Seorang wanita adalah aurat, maka apabila dia keluar daripada rumahnya syaitan akan menghias-hiaskannya.” Juga firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu [surah al-Ahzab 33:33]



Sesiapa memusuhi Allah dan memusuhi Malaikat-malaikat-Nya dan Rasul-rasul-Nya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.” [al-Baqarah 2:98]

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[surah al-Ahzab 33:59]






Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
[surah al-Nur 24:31]

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat; dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
[surah al-Nur 24:51]

firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud: Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, berkata al-Imam al-Jashshash rahimahullah:

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, Mujahid dan ‘Atha’ tentang firman-Nya: “kecuali yang zahir daripadanya”, (mereka) berkata: “Apa yang ada (kelihatan) pada muka dan telapak tangan, warna telapak tangan dan celak mata.” Diriwayatkan yang seumpama daripada Ibn ‘Umar, demikian juga daripada Anas. Diriwayatkan juga daripada Ibn ‘Abbas (beliau berkata): “Ia adalah telapak tangan, muka dan cincin.” Manakala A’isyah berkata: “Perhiasan zahir adalah gelang dan cincin yang tidak bermata.” Berkata Abu ‘Ubaidah: “Cincin tak bermata (dan) cincin.” Berkata al-Hasan: “Mukanya dan apa yang nampak dari pakaiannya.” Berkata Sa‘id bin al-Musayyib: “Mukanya dan apa yang nampak darinya.” Diriwayatkan oleh Abu al-Ahwash daripada ‘Abd Allah, beliau berkata: “Perhiasan itu ada dua, (pertama ialah) perhiasan batin yang tidak dilihat kecuali oleh suami – iaitu rantai, gelang dan cincin. (Kedua ialah) perhiasan zahir – iaitu pakaian.” Berkata Ibrahim: “Perhiasan zahir ialah pakaian.”  [Ahkam al-Qur’an (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut), jld. 3, ms. 408]





 firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, al-Imam al-Jashshash rahimahullah berkata:

Dikatakan bahawa yang dimaksudkan adalah baju al-Dar‘u (sejenis baju umpama baju kurung Melayu) yang memiliki belahan di bahagian lehernya. Apabila wanita memakai al-Dar‘u, ia mendedahkan dada dan leher. Maka Allah memerintah mereka untuk menutupnya dengan firman-Nya: “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka” (maksudnya hendaklah kain tudung kepala yang dipakai dilabuhkan ke depan agar menutup belahan dada dan leher). Di sini terdapat dalil bahawa dada wanita dan lehernya adalah aurat yang tidak boleh dilihat oleh orang lain. [Ahkam al-Qur’an, jld. 3, ms. 409]

Adapun yang dimaksudkan dengan “sunan solat”, ia adalah sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Baji rahimahullah (474H), salah seorang mujtahid Mazhab Maliki di dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh al-Muwattha’ (Dar al-Kitab al-Islami, Beirut tp.thn.), jld. 1, ms. 247. Beliau berkata:

Maka adapun berkenaan pakaian (solat) maka sesungguhnya baginya terdapat dua jumlah, jumlah yang fardhu dan jumlah yang utama. Maka adapun yang fardhu bagi seorang lelaki maka ia adalah apa yang menutupi aurat dan tidak wujud perbezaan pendapat tentang kefardhuannya. Akan tetapi para sahabat kami berbeza pendapat tentang tafsir yang sedemikian. Berkata al-Qadhi Abu al-Faraj, ia adalah salah satu fardhu daripada kefardhuan solat dan ini adalah juga pendapat Abu Hanifah dan al-Shafie. Dan berkata al-Qadhi Abi Ishaq sesungguhnya ia adalah daripada sunan solat, dan ini adalah juga merupakan pendapat Ibn Bukair dan al-Syaikh Abu Bakr. Adapun faedah perbezaan pendapat ini, bahawasanya jika kami berkata sesungguhnya ia adalah daripada kefardhuan solat maka solat akan batal dengan ketiadaan penutup aurat manakala jika kami berkata ia bukanlah daripada kefardhuan solat (ertinya ia adalahsunan) maka berdosa orang yang meninggalkan penutup aurat akan tetapi tidaklah batal solatnya.

Mujtahid Mazhab Maliki, al-Imam al-Haththabi rahimahullah (954H) dalam kitabnyaMawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar al-Syaikh Khalil (Dar al-Fikr, Beirut 1398H), jld. 1, ms. 498 berkata:



(Jika) Imam jatuh penutup auratnya ketika rukuk lalu dia menarik semula selepas mengangkat kepala (daripada posisi rukuk), berkata Ibn al-Qasim daripada Musa: Tidak apa-apa ke atasnya (yakni solatnya tidak batal) jika dia menarik semula. Akan tetapi jika dia tidak menarik semula maka perlu diulangi solat dalam waktunya kerana pada asalnya menutup aurat adalah daripada sunan solat.

Ia adalah berkenaan batas aurat wanita, maka kebanyakan ilmuan berpendapat bahawa keseluruhan badannya adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan. Dan Abu Hanifah berpendapat kaki bukanlah aurat. Dan Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman dan Ahmad (bin Hanbal) berpendapat seluruhnya adalah aurat.

Sebab perbezaan ini adalah berdasarkan kepada firman Allah Ta‘ala (yang bermaksud):“Dan janganlah mereka (kaum wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” [Surah al-Nur 24:31] – apakah pengecualian yang dimaksudkan merujuk kepada anggota tertentu atau anggota yang sememangnya tidak dapat dilindungi? (maksud pendapat yang kedua: sekalipun berpakaian sepenuhnya, mereka tetap dapat dikenali sebagai seorang wanita disebabkan zahir bentuk badan mereka)

Mereka yang berpendapat bahawa pengecualian tersebut bermaksud anggota yang sememangnya tidak dapat dilindungi ketika bergerak berkata seluruh badannya adalah aurat termasuk bahagian belakang. Mereka berhujah dengan keumuman firman AllahTa’ala: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar).” [surah al-Ahzab 33:59)

Mereka yang berpendapat bahawa pengecualian tersebut bermaksud anggota yang secara kebiasaan (sebab tugas harian) tidak ditutup – yaitu muka dan dua telapak tangan – berkata bahawa dua anggota ini tidak termasuk aurat. Pendapat ini mereka perhujahkan bahawasanya wanita tidak menutupi mukanya (ketika melakukan ibadah) haji.






Friday, 22 February 2013

TOMYAM BORNEO

sunyinya kolej ni law dah start cuti... rutin sebagai pelajar yang dari jauh ni biasa la... jadi guard semantara kolej... maklumlah law nak balik sabah dari kuantan tak berbaloi law nak balik seminggu jak... dalam perjalanan dah ambik masa 2 hari... xlama gak dok kat umah...

biasa la perempuan, dah lm dok merantau... gian gak nak memasak... cuti2 ni boleh la kluarkan semua barang yang dilarang bawa ke kolej... 


tadaaaaaaaaaaaa rice cooker kluar dari poket doremon... hehehehe

bosan2 dok kat kolej.... kami pun pakat2 nak barang tuk masak tom yam.... best gak shopping dalam masa 3 jam... x terasa 3 jam shopping... best... ase xcukup g 3 jam 2... cam tak nak kluar jak dari market 2... 




ni la barang2 yg kami beli masa shopping... banyak kan... hehehe.. (patut le aku gemuk... bru perasan... hehehe)

sebelum maghrib kami mula masak.... dekat jam 9 gak bru siap... sedap gak makan ramai2 ni... maklumlah, jarang gak leh makan ngan kawan2... biasa ngan member bilik jak...

nak tengok tomyam kami..... tadaaaaaaaaaaa


sedappppppppppppppppppp.........




ni lak kmi bungkus tuk yang tak dapat datang........ 2 la jalinan kasih keluarga borneo... hehe

Monday, 18 February 2013

MY FIRST TESTIMONI (USING SHISEIDO)

taw tak pe tu shiseido??? mesti taw kan... tonight my first expriance guna shiseido... mula2 tu xde rs nak guna.. biar je la member beli.. sy tgk je... dah member guna, teringin gak maw guna.. 


kmi pun guna ikut smua peraturannya la ni... siap stimkan muka g ngn ari panas.. 
taw tak cm na nak stimkan muka ngan air.. gini, mula2 kami masak air, pastu tuangkan kat dalam baldi, muka hadapkan kat baldu tu n tutup ngn tuala supaya wap 2 xkluar.. mak ai, pns 2 ... merah trus muka... tp nak cntik, tahan jak le,.. hehe.. tahan jap pastu bru pakai shiseido td..

best gak guna, tegang je buka... dah nak buka 2 la ada sakit sikit bab dia tarik samua blackhead n roma kat muka 2.. tahan jak le.. tak kan nak biar hitam lak kan.. nnt bgn subuh terkejut lak member sebelah katil.. hehe..

ingatkan muka sy ni xde blackhead... dah buka bru taw cm na banyaknya... shiseido 2 bukan lagi warna hitam, tapi cam nak ke warna putih dah... tapi mmg best la pas guna 2.. muka rasa licin n best sgt...




ni la warna shiseido pas aku guna... jom try shiseido...



Sunday, 17 February 2013

PERISTIWA MALAM BIRTHDAY-KU

12 TENGAH MALAM (17 FEBRUARI 2013)


malam 2 aku ngntuk awl sebab bosan tak taw nak wat pe.. konon2 thesis dah siap la ni.. tp blom edit gpun... aku pun layan je la msj dari kawan2 dari sekolah lm dulu (SMKA limauan)... jam 9.22pm..tut tut bunyi mesej... bukak je ade orang wish birthday aku.. mak ai awal sngt ni... hehe.. nak taw tak apa dia kata? dia kata "hepi bday............................last2 dia kata sori wish awal sbb nak tdo.. tkt tak tbgn nnt.. "hehe
aku bls jak le, tq.. dia la org first.. 

nak cite sal roomate aku (minta maaf la law akak 2 org 2 terbaca la ye).. hehe..
aku ase dorang lupa bday aku..12 tu aku jwb panggilan telefon dari norzita.... dia wish bday aku... maybe dorang terdengar kot perbualan aku ngn eta... masa aku berckp ngan ita, ada bunyi mesej tel kaq sya, pas2 dia terus kata, "oh ya kah birthday pija ari nie... tak taw lak.. ptt la masa hr 2 dia kata ade org nak bg dia hadiah bday handbag... bday dia rupanya.. hehehe"
aku ase mesej 2 dari kak ain... hehe.. kantoi dah....

pas aku hbs ckp ngan eta, bru dorg wish aku,,, hepinya... terharu gakkkkkk...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO PIJA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
(sambil kak sya g tempat saya, suh tiup gelas.. mak ai...hehehe.. lawak.. pengganti kek la kononnya)

ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN PIJA,
ALLAH SELAMATKAN KAMU,.................



p/s: alhamdulillah Allah msh mengizinkan aku hidup di atas bumiNYA yg indah ini....





MY BIRTHDAY (17 FEBRUARU 1992)

17 feb 1992- adalah hari yang amat bersejarah bagiku,,, bila tiba je 17 feb dalam setiap tahun, mesti sy teringat akan pengorbanan mak sy ketika hendak melahirkanku... nak taw tak kisah aku dulu2... meh la bc..

17 februari 1992

nama aku norshafizah binti abu talip... aku dilahirkan pada tarikh yg aku gtaw d ats (17021992).. aku dilahirkan di rumah nenek aku kat kampung pasir putih ulu sipitang,sipitang sabah. law aku xsilap aku dilahirkan tyme petang.. 2 la muka gelap2 sikit..hehe.. gurau2 je..
aku dilahirkan oleh 2 orng bidan kampung, law xsilap aku salah seorannya arwah datuk aku(moyang)... dia bru je meninggal dunia pd 12.02.2013 bru2 ni...tyme dia mninggal 2 umo dia 105 tahun.. al-fatihah tuk atok..
sambung bali cerita,,, masa mak aku nak mlhirkan aku 2, 2 lebih mak aku mnahan sakit sbb aku xleh nak kluar..mcm2 cara dah bidan 2 buat, tp xleh... akhirnya dengan izin Allah aku dilahirkan gak secara normal tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............................

aku dilahirkan tanpa nyawa... aku xmenangis... muka kebiru2an...

aku dilahirkan dengan keadaan tidak mnangis sebab aku lemas dalam perut.. aku terminum air ketuban.. demi nak menyelamatkan aku,, mcm2 nenek, atok, bidan n kluarga buat.. antaranya terbalikkan kepala aku g bwh, bergendang tin (adat je), tekan2 kan dada (ala2 CPR)... TAPI.... msih gak xmenangis...

slepas beberapa minit, datang seorg jiran (arwah datuk kadir) tuk menyedut air ketuban yg aku terminum... dia hisap hidung dan mulut aku beberapa kali.. (ya Allah, xdpt nak dibygkan cam na.. taw tak air ketuban 2 cm na asenye??? mak kata bbau n hanyir..sbb tu la yg lain xsanggup nak buat cm 2)...walaupun g2, datuk 2 ttp gak buat sbb nak selamatkan aku.. terima kasih Allah sbb mgirimkan hambaMU yg baik hati kpdku tika aku memerlukannya...alhamdulillah...

selang beberapa minit.. aku pun menangis... :-) alhamdulillah, Allah mengizinkan aku hidup dan alhamdulillah Allah memberikan aku nikmat nyawa..


alhamdulillah, aku msh lagi diizinkan Allah tuk hidup di duniaNYA...

p/s: kesukaran yg mak aku hadapi ms 2 tidak dapat aku bayangkan... Allah je yg tahu.. law diigt kmbli cite ni, ase cm nak ngis pun ade... tp apa balasan kita terhadap mak ayah??? nauzubillah, jgnlah mnjadi anak derhaka.. xcium bau syurga nnt.. ingatlah satu kata2..

"redha Allah terletak di atas redha kedua ibu bapa"



Friday, 15 February 2013

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM

jom baca petikan kisah benar ni.. sy bru jak taw, so nak share ngan korang smua la.. almaklumlah org kita ni suka ngn lagu "gangnam "... so kita mesti taw sejarah disebaliknya kan... jom baca.. :-)




KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM
oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai ter
sebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.
"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.
"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"
"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.
Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"
"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.
"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.
"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.
"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.
"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.
"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]

Wednesday, 13 February 2013

TIADA SIAPA YANG BOLEH MENANGGUHKAN AJAL

Benarlah firman ALLAH SWT itu "tiada siapa yang boleh menangguhkan ajalnya walaupun sesaat, dan tiada siapa juga yang boleh mempercepatkan ajalnya walaupun sesaat"...

Alhamdulillah, hidup aku ni dikurniakan ramai nenek dan atok.. aku ada nenek n atok kandung, nenek dan atok tiri serta nenek dan atok angkat... tapi yang sy nak share ngan korang ni, bukan nak berbangga sbb ada  nnk n atok ramai.. 

aku ada 4 org nenek dan 4 orang atok... so, smuanya ada 8 orng la kang... wow ramai gak.. ptt la fmly kmi ni sinonim ngn "big family"... bru prasan.. dlm 8 orang ni hanya 4 orang jak lagi hidup (semoga dipanjangkan umo g.. aminnn).. aku cuma ada sorg atok angkat jak lagi, nnk 3 org g iaitu nnk kandung sebelah mak,nnk angkat dan nnk tiri..

~KEHILANGAN ORANG TERSAYANG, TANPA KUCUPAN TERAKHIRKU~

yang pertama dijemput oleh ALLAH SWT ialah nnk kandung sebelah bapa..
nnk aku ni meninggal slps melahirkan bapa aku..tyme khilangan nnk aku ni, xla rs sedih sgt sebab pertama, nnk aku ni insyaAllah dikira mati syahid dan akan ditempatkan disyurga Allah.. aminnn.. sebab kedua, tyme ni aku pun lom ade g, cm na la aku nak sedih... hehehe.. tp dh besar2 ni, sedih gak le, sbb law raya g je kampung bapa, mst xde yg nak d lawat.. adapun adk-bradik bapa jak... al-fatihah tuk my lovely grandma HALIMAH BINTI BUJANG....


yang kedua meninggal dunia ialah atok (suami kpd nnk aku yg prtma mninggal tu)
atok aku ni xsempat gak aku tgk ms dia mninggal.. last aku tgk dia ms raya tahun 2004.. sempat g bgurau2 ngan atok aku ni.. baik sgt atok ni.. walaupun dia sakit tp solat xtinggal gak.. tahun 2005 tu, aku masuk g sklh mnengah.. jarak umah aku ngn sklh 2 jauh la gak.. lbih kurang 2 jam perjlnn.. slps 3 ari aku s skh 2 la atok aku meninggal..
nak cite sikit la kan, kat sklh 2 aku tak bw HP sbb xleh (pljr skema la konon).. mlm 2 g msjd la solat.. tba2 pas solat mghrb, ada solat jnzh scara ghaib.. dia kata ada atok kwn kita telah g ke rahmatullah.. aku sempat g tnya kwn aku... siapa ye?? la ciannya dia xsmpat jumpa atok dia...(xtaw g ni yg solat 2 tuk atok aku huhu).. dah balik bilik, kaka spupu aku pggil aku, dia tnya aku solat td tu taw ke tuk siapa.. aku kata la xtaw.. pas2 kak ana kata"jgn sdih ah, atok dh tiada".... bru aku ngs... laaaa loadingnya..(bru taw la katakan).. mmg sedih la.. 
besoknya, aku kol la bapa aku, tnya btol ke atok dh xde? bapa kata ya.. sedih g.. huhu.. tnya bapa, knp xambil kmi kat cni.. aku maw tgk atokkkkk... pas2 bapa aku ckp la, kmu bljr la kat sn 2, igt pesanan atok, kan atok maw tgk ko bjaya.. gpun jauh 2 lai law nak ambik n hantar kmu ke sana..." aku pun dia je la.. al-fatihah tuk arwah atok tersayang MATNOR..



yang ketiga meninggal atok gak..atok sebelah mak...
atok aku ni lama dh sakit.. tyme dia sakit balik2 jak panggil aku (kata adik n mama aku la... law aku xjua taw, sbb aku bukan dgr pun.. jauh bha tu antara sabah n pahang..hehe).. atok aku ni ada mslh jantung, darah tinggi, buah pinggang n paru2.. dulu2 la, aku slalu minta duit kat atok aku ni.. hehe.. cucu jahat kan.. nak taw tak, arwah atok aku ni suka mkn masakan yg aku msk.. dia kata sedap.. hehe..
atok aku ni meninggal masa aku final exam semester 2 kat kolej... tiap2 ari aku kol, smua kata atok sihat.. last paper jak, bukan aku yg kol, tp bapa yg kol... tyme 2 aku rs something dah.. nak angkat kol pun ragu2.. dh angkat dgr g suara bapa lain.. tmbh la risau aku.. last2 bapa kata gak, lai atokmu dah xde.. bru je td jam 5.22 (law xsilap)... uwa uwa uwa... sedihnya... xde mood trus nak stdy..
sebetulnya pas exam tu lmbt g aku nak blik, sbbkan nak tgk atok yg sedang sakit, aku awlkan (dah awlkan dah tiket flight g sabah).. pas exam aku trus maw blik... tp... malangnya 3 ari g aku maw blik atok dah dijemput olh ALLAH SWT... 
walaupun dh hilang mood nak stdy tuk last paper, igt kata2 arwah suh bljr bek2.. paksa gak diri tuk bljr... nak taw apa hikmah yg aku dapat?? sem 2 la 1st tyme aku dapat anugerah DEKAN..(bukan nak bangga,tp nak gtaw... setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya..sesungguhnya hidup kita ni telah diatur oleh Allah)..
al-fatihah tuk my lovely grandpa BAHAR BIN AHMAD...



yg keempat meninggal dunia atok tiri aku...
dia meninggal tahun 2012 tyme bulan puasa.. puasa yg ke15... atok aku yg inilah aku aku sgt2 rapat.. rumah kmi pun sebelah2 jak.. dia slalu blnja aku... hehe.. law dia jln,mst aku ikut... manja la katakan..nak taw 1 peristiwa, dulu ms kecil2, atok aku ni ngn is3 dia g sarawak sbb mak tua aku bersalin, aku maw ikut tp xkena bawa sbb aku sekolah tadika tyme 2... punyalah maw ikut aku sanggup ngs 3 hr 3 mlm... tp xkna bw gak... hbs je air mata aku... hehehe..
1 g peristiwa yg xdpt aku lupa, ms 2 aku g pekan ngn adik aku yg kembar sbb nak bli buku..nak PMR tyme 2.. punya lah atok aku nie prihatin, dia kejar kmi sehingga di pekan.. dia tkut kmi hilng... hehe..
atok aku yg ni je la yg pernh aku jaga ms dia sakit.. sebulan ms cuti SUKMA kt phng aku blik sabah sbb nak jaga atok aku ni.. mula2 aku xkna suh balik sbb tiket mahal.. tp aku paksa gak mama n bapa aku, sbb aku xnk khilngn atok tnpa aku liat n jga... last2 aku blik la juga walaupun tiket flight RM500... sempat gak la jumpa arwah sebulan sblm dia mninggal;..alfatihah tuk my lovely grandpa TAKAH BIN UTOH...



AL-FATIHAH TUK SEMUA...





ULUM AL-QURAN




AYAT MAKKAH DLM SURAH MADANI

$pkšr'¯»tƒ ÓÉ<¨Z9$# šç7ó¡ym ª!$# Ç`tBur y7yèt7¨?$# z`ÏB šúüÏZÏB÷sßJø9$# ÇÏÍÈ  
64. Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang Yang beriman. (al-anfal:64)


AYAT MADANI DLM SURAH MAKKAH

Nåk÷]ÏBur `¨B ß`ÏB÷sム¾ÏmÎ/ Nåk÷]ÏBur `¨B žw ÚÆÏB÷sム¾ÏmÎ/ 4 y7š/uur ÞOn=÷ær& tûïÏÅ¡øÿßJø9$$Î/ ÇÍÉÈ  
40. dan di antara mereka ada Yang beriman kepada Al-Quran, dan ada di antaranya Yang tidak beriman langsung kepadanya; dan (ingatlah), Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang Yang melakukan kerosakan. (yunus:40)


AYAT MUSIM PANAS

(#qà)¨?$#ur $YBöqtƒ šcqãèy_öè? ÏmŠÏù n<Î) «!$# ( §NèO 4¯ûuqè? @ä. <§øÿtR $¨B ôMt6|¡Ÿ2 öNèdur Ÿw tbqãKn=ôàムÇËÑÊÈ  
281. dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (baqarah:281)


AYAT MUSIM SEJUK

ôs)©9 tb%x. öNä3s9 Îû ÉAqßu «!$# îouqóé& ×puZ|¡ym `yJÏj9 tb%x. (#qã_ötƒ ©!$# tPöquø9$#ur tÅzFy$# tx.sŒur ©!$# #ZŽÏVx. ÇËÊÈ  
21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (al-ahzab:21)


AYAT PERTAMA TURUN

ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ  
1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), (al-‘alaq:1)


AYAT TERAKHIR TURUN

(#qà)¨?$#ur $YBöqtƒ šcqãèy_öè? ÏmŠÏù n<Î) «!$# ( §NèO 4¯ûuqè? @ä. <§øÿtR $¨B ôMt6|¡Ÿ2 öNèdur Ÿw tbqãKn=ôàムÇËÑÊÈ  
281. dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (al-baqarah:281)


AYAT PERTAMA TURUN SECARA KHUSUS


1)   TURUN SECARA SEMPURNA ( SURAH AL-FATIHAH )


2)   TURUN TENTANG PENGSYARIATAN JIHAD


tbÏŒé& tûïÏ%©#Ï9 šcqè=tG»s)ムöNßg¯Rr'Î/ (#qßJÎ=àß 4 ¨bÎ)ur ©!$# 4n?tã óOÏdÎŽóÇtR 퍃Ïs)s9 ÇÌÒÈ  
39. diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (al-hajj:39)


3)   TURUN TENTANG PENGHARAMAN ARAK


* y7tRqè=t«ó¡o ÇÆtã ̍ôJyø9$# ÎŽÅ£÷yJø9$#ur ( ö@è% !$yJÎgŠÏù ÖNøOÎ) ׎Î7Ÿ2 ßìÏÿ»oYtBur Ĩ$¨Z=Ï9 !$yJßgßJøOÎ)ur çŽt9ò2r& `ÏB $yJÎgÏèøÿ¯R 3 štRqè=t«ó¡our #sŒ$tB tbqà)ÏÿZムÈ@è% uqøÿyèø9$# 3 šÏ9ºxx. ßûÎiüt7ムª!$# ãNä3s9 ÏM»tƒFy$# öNà6¯=yès9 tbr㍩3xÿtFs? ÇËÊÒÈ  
219. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir: (baqarah:219)


4)   TURUN TENTANG MAKANAN

@è% Hw ßÉ`r& Îû !$tB zÓÇrré& ¥n<Î) $·B§ptèC 4n?tã 5OÏã$sÛ ÿ¼çmßJyèôÜtƒ HwÎ) br& šcqä3tƒ ºptGøŠtB ÷rr& $YByŠ %·nqàÿó¡¨B ÷rr& zNóss9 9ƒÍ\Åz ¼çm¯RÎ*sù ê[ô_Í ÷rr& $¸)ó¡Ïù ¨@Ïdé& ÎŽötóÏ9 «!$# ¾ÏmÎ/ 4 Ç`yJsù §äÜôÊ$# uŽöxî 8ø$t/ Ÿwur 7Š$tã ¨bÎ*sù š­/u Öqàÿxî ÒOÏm§ ÇÊÍÎÈ  
145. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-an’am:145)


AYAT TERAKHIR TURUN SECARA KHUSUS


1)   TURUN TENTANG PEREMPUAN

z>$yftFó$$sù öNßgs9 öNßgš/u ÎoTr& Iw ßìÅÊé& Ÿ@uHxå 9@ÏJ»tã Nä3YÏiB `ÏiB @x.sŒ ÷rr& 4Ós\Ré& ( Nä3àÒ÷èt/ .`ÏiB <Ù÷èt/ ( tûïÏ%©!$$sù (#rãy_$yd (#qã_̍÷zé&ur `ÏB öNÏd̍»tƒÏŠ (#rèŒré&ur Îû Í?Î6y (#qè=tG»s%ur (#qè=ÏFè%ur ¨btÏeÿx._{ öNåk÷]tã öNÍkÌE$t«Íhy öNßg¨Yn=Ï{÷Š_{ur ;M»¨Zy_ ̍øgrB `ÏB $pkÉJøtrB ㍻yg÷RF{$# $\/#uqrO ô`ÏiB ÏYÏã «!$# 3 ª!$#ur ¼çnyYÏã ß`ó¡ãm É>#uq¨W9$# ÇÊÒÎÈ  
195. maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang Yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya Yang lain; maka orang-orang Yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan Yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga Yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan Yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan Yang terbunuh (gugur Syahid Dalam perang Sabil) - Sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. dan di sisi Allah jualah pahala Yang sebaik-baiknya (bagi mereka Yang beramal soleh)". (ali-imran:195)


2)   AYAT TURUN TENTANG PEWARISAN


y7tRqçFøÿtGó¡o È@è% ª!$# öNà6ÏFøÿムÎû Ï's#»n=s3ø9$# 4 ÈbÎ) (#îtâöD$# y7n=yd }§øŠs9 ¼çms9 Ó$s!ur ÿ¼ã&s!ur ×M÷zé& $ygn=sù ß#óÁÏR $tB x8ts? 4 uqèdur !$ygèO̍tƒ bÎ) öN©9 `ä3tƒ $ol°; Ó$s!ur 4 bÎ*sù $tFtR%x. Èû÷ütFuZøO$# $yJßgn=sù Èb$sVè=V9$# $®ÿÊE x8ts? 4 bÎ)ur (#þqçR%x. Zouq÷zÎ) Zw%y`Íh [ä!$|¡ÎSur ̍x.©%#Î=sù ã@÷WÏB Åeáym Èû÷üus[RW{$# 3 ßûÎiüt6ムª!$# öNà6s9 br& (#q=ÅÒs? 3 ª!$#ur Èe@ä3Î/ >äóÓx« 7OŠÎ=tæ ÇÊÐÏÈ  
176. mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di Dalam perkara Kalaalah itu, Iaitu jika seseorang mati Yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta Yang di tinggalkan oleh si mati. dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (Hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (nisa:176)


3)   AYAT TURUN SECARA SEMPURNA

#sŒÎ) uä!$y_ ãóÁtR «!$# ßx÷Gxÿø9$#ur ÇÊÈ  
1. apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), (an-nashr:1)