Bissmillahhirrahmanirrohimmm…. Cintaku hanya kupersembahkan untuk...Yang menciptakanku… Yang Memberiku Jiwa...Yang Memberiku udara…Sehingga Q tetap hidup...Yang Memberiku segalanya…selayaknya manusia yang..sempurna…. iaitu Cintaku hanya untuk SANG KHALIQ…. ALLAH SWT
Thursday, 20 September 2012
Wednesday, 19 September 2012
GAMBARAN DAJJAL MENURUT AL-HADITS
GAMBARAN DAJJAL MENURUT AL-HADITS
Segala macam keistimewaan yang kami lihat pada peradaban Barat sekarang ini, semuanya sesuai dengan ciri-ciri Dajjal yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW dalam ru’yah. Memang benar bahwa bangsa-bangsa ini mempunyai sedikit perbezaan satu sama lain, tetapi ada satu hal yang semuanya sama. Dan ciri yang sama inilah yang digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam memberi gambaran tentang Dajjal.
Kami hanya akan mengutip Hadits-hadits yang menguraikan ciri-ciri Dajjal. Marilah kita mulai dengan Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari :
1. “Dan aku melihat orang yang berambut ikal pendek, yang mata-kanannya buta Aku bertanya: Siapakah ini? Lalu dijawab, bahwa ia adalah Masihid – Dajjal” (Bukhari 77:68,92)
2. “Awas! dia pecak (buta sebelah)… dan diantara dua matanya, tertulis ‘Kafir’…” (Bukhari 93:27).
Dari gambaran tersebut dapatlah kami catat:
1. Bahawa mengenai bentuknya, Dajjal digambarkan berbadan kekar.
2. Bahawa roman-mukanya putih dan mengkilat.
3. Bahawa rambut kepalanya pendek dan ikal.
Tiga gambaran ini sesuai sekali derigan bentuk orang-orang Eropah pada umumnya. Mereka itu pada umumnya berbadan kekar; bertubuh baik dan kuat; rambutnya pendek dan ikal, sampai-sampai wanitanya pun memotong pendek rambutnya; kulit mereka putih dan mengkilat. Jadi, gambaran tentang ciri-ciri Dajjal tersebut, cocok sekali dengan perwujudan orang-orang Eropah.
Adapun dua ciri lainnya, yakni, bahwa mata kanan Dajjal buta, dan pada dahinya tertulis kaf, fa’dan ra’ atau kaflr, ini menggambarkan keadaan rohani Dajjal yang sebenarnya. Sebagaimana telah kami terangkan, Dajjal menggambarkan suatu bangsa. Sebagai bangsa, tak mungkin semuanya buta mata jasmaninya.
Selain itu, Dajjal yang digambarkan buta mata kanannya, mata-kiri Dajjal digambarkan bersinar gemerlapan bagaikan bintang. Dengan perkataan lain, mata-kanan Dajjal digambarkan hilang cahayanya, tetapi mata-kirinya bersinar terang. Penjelasan yang diberikan oleh Imam Raghib tentang mata Dajjal yang buta sebelah kanannya, sungguh ilmiyah sekali. Pada waktu menjelaskan erti kata al-Masih, beliau menerangkan bahawa kata masaha bererti menghapus sesuatu, lalu beliau menambahkan keterangan sbb:
“Diriwayatkan bahawa mata-kanan Dajjal hilang penglihatannya, sedangkan nabi ‘Isa mata-kiri beliaulah yang hilang penglihatannya; dan ini bererti bahawa Dajjal tak mempuyai sifat-sifat akhlak tinggi, seperti misalnya kearifan, kebijaksanaan dan rendah hati; sedangkan nabi ‘Isa tak mempunyai kejahilan, keserakahan, kerakusan dan sebagainya yang termasuk jenis akhlak yang rendah”.
Jadi, gambaran Dajjal buta mata-kanannya janganlah ditafsirkan secara harfiyah, melainkan secara kalam ibarat, yakni harus diertikan bahawa Dajjal tak mempunyai akhlak yang baik.
Bahwa dua mata manusia itu, yang satu digunakan untuk melihat hal-hal yang berhubungan dengan kerohanian dan agama, dan yang satu lagi digunakan untuk melihat hal-hal yang berhubungan dengan kebendaan dan keduniaan. Oleh kerana hal-hal yang berhubungan dengan agama dan kerohanian itu lebih tinggi kedudukannya daripada hal-hal yang berhubungan dengan kebendaan dan keduniaan, maka buta mata kanan Dajjal bererti bahwa Dajjal sedikit sekali perhatiannya terhadap hal-hal yang berhubungan dengan agama atau kerohanian, dan ini sesuai sekali dengan apa yang dialami oleh bangsa-bangsa Eropah sekarang ini.
Seluruh parhatian mereka ditujukan kepada hal-hal yang berhubungan dangan kebendaan dan keduniaan dan kemajuan mereka dalam bidang ini tak ada bandingannya. Inilah yang dimaksud dengan apa yang diuraikan dalam Hadits, bahwa mata-kiri Dajjal bersinar gemerlapan bagaikan bintang. Ertinya, Dajjal mampu melihat segala macam barang-barang duniawi, yang bangsa-bangsa lain tak mempunyai pengertian tentang itu. Tetapi mata rohani Dajjal tak mempunyai penglihatan yang tajam, kerana semua kekuatan Dajjal dihabiskan guna kepentingan urusan duniawi. Sukses Dajjal yang tak ada taranya dalam urusan duniawi mengakibatkan buta sebelah. Penjelasan ini sungguh mengagumkan dan sesuai sekali dengan apa yang dikatakan oleh Al-Qur’an tentang bangsa-bangsa Kristian:
“Orang-orang yang usahanya menderita rugi dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahawa mereka amat pandai dalam membuat barang-barang” (18:104)
Hadits Nabi melukiskan hal ini dengan kalam ibarat, bahwa mata kiri Dajjal, yaitu, mata-duniawi bersinar gemerlapan bagaikan bintang. Adapun keadaan rohani bangsa-bangsa Dajjal Allah berfirman sbb:
“Mereka adalah orang-orang yang mengkafiri ayat Tuhan, dan (mengakhiri) perjumpaan dengan Dia”(18 : 105).
Hadits Nabi menjelaskan hal ini dengan caranya sendiri, yaitu, bahwa mata-kanan Dajjal tak mempunyai kekuatan untuk melihat ayat Tuhan.
Tanda Dajjal yang lain, yakni tulisan kafara atau kafir pada dahinya ini berkenaan pula dengan keadaan rohaninya. Jika orang berkata, bahwa pada dahi seseorang terdapat tulisan anu, ini sama ertinya dengan mengatakan, bahwa anu itu adalah fakta senyata-nyatanya bagi dia. Maka dari itu, uraian Hadits bahwa pada dahi Dajjal terdapat tulisan kafir, ini hanyalah bererti bahawa kekafiran itu merupakan kenyataan yang senyata-nyatanya bagi dia.
Kata-kata Hadits itu sendiri sudah menerangkan; bahawa demikian itulah nyatanya. Pertama-tama, Hadits menerangkan bahawa tiap-tiap mukmin dapat membaca tulisan itu; jadi bukan tiap-tiap orang dapat membaca tulisan itu. Lalu ditambahkan kata penjelasan tentang orang mukmin itu, yakni, “baik ia buta huruf atau mengerti tulis menulis.” Ertinya, tiap-tiap orang mukmin dapat memahami tulisan itu, baik ia mengerti tulis-menulis atau tidak.
Sudah terang, bahawa tulisan yang dapat dibaca oleh tiap-tiap orang mukmin, baik ia mengerti tulis-menulis atau buta huruf, tak mungkin berwujud kata-kata atau huruf. Jika tulisan itu berwujud kata-kata atau huruf, niscaya tak dipersoalkan lagi apakah pembacanya mukmin atau kafir, demikian pula tak perlu dinyatakan bahawa orang mukmin dapat membaca tulisan itu sekalipun ia buta-huruf.
Kepandaian membaca tulisan, tak ada sangkut pautnya dengan urusan iman. Setiap orang yang tak buta huruf pasti dapat membaca tulisan, sedangkan orang buta huruf, sekalipun ia orang mukmin sejati, ia tetap tak dapat membaca tulisan. Oleh kerana itu, tulisan yang dimaksud bukanlah tulisan biasa, melainkan menifestasinya perbuatan seseorang. Pernyataan bahwa tulisan itu hanya dapat dibaca oleh orang mukmin saja, ini bererti, bahwa orang kafir tak pernah sedar akan kekafirannya, sehingga membutakan mata orang mukmin untuk membaca buruknya kekafiran mereka.
Monday, 17 September 2012
sElOkA CiNTa
sElOkA
CiNTa
Apa nak jadi dengan
manusia,
semua benda nak kongsi
bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.
Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun
nak berdua,
dah macam tak ada orang
lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa
berdua.
Inilah bahana orang
bercinta,
bercinta tapi tak tau apa
itu CINTA.
Inilah sekarang punya
remaja,
maaf andai terkasar
bahasa,
bukan mengutuk bukan
mengata,
semuanya realiti benar
belaka.
Ada yang kata cinta itu
buta...betul ke?
Kalau buta dimana
matanya?
Ada yang kata cinta itu
gila...
macam-macam pengertian
remaja,
pening kepala dibuatnya.
Lagi teruk yang kata
cinta itu untuk sementara,
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok
saja.
Ada yang kata cinta itu,
C - cinta
I - itu
N - nikmati
T - tubuh
A - anda
tak ke melampau namanya?!
Manusia manusia...
Muda-muda dah gatal nak
bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak
bapak yang jaga,
dah tak tau nak cakap
apa,
kalau ditegur bukannya
nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja
jawapannya..
darah muda... macam tu la
gayanya...
Mula-mula kenal sms dan
chat saja,
bila dah lama kenal
mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi
bercinta.
Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2
ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam
setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si
dia.
Bila berjumpa nak berdua
aja,
konon nak privasi
katanya,
dia tak tau ada orang
ketiga,
yelah benda tak nampak di
mata.
Mula-mula bercinta semua
cantik di mata,
yang panas pun sejuk
katanya.
Manusia manusia...
Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta
itu buta,
tapi kalau buta dimana
matanya...
Inilah yang buat aku
tertanya-tanya.
Cinta tidak akan datang
kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau
tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku
percaya...
Tapi inilah hakikatnya.
Mind is the greatest
gift,
gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha
Mencintai...
Monday, 30 July 2012
KISAH IKTIBAR
Dalam kekangan masa yang terluang, terdetik hatiku ingin melayari laman sesawang FB...aku bukanlah orang yang suka menulis atau mem"post" kat FB..tapi aku lebih suke membaca komen dan post orang lain...tak disangka ada satu kisah yang aku terbaca buat aku tersentak dan terfikir seketika..."iman???"apa itu iman?? cuba tanya diri sendiri...aku beriman tak??
seseorang tidak boleh engukur keimanan seseorang itu, walaupun dia berpakaian yang amat sempurna seperti bertudung labuh dan sebagainya...tetapi keimanan itu amat halus dan murni...hanya Allah yang mengetahuinya...
kita tidak boleh mengatakan orang yang berpakaian seksi, tidak bertudung dan sosial itu tidak beriman... bak kata pepatah jangan menunding jari kat seseorang, sedang 4 jari lagi menunding kat diri kita sendiri...ini bermaksud, janganlah mengata orang, sedang diri sendiri tidak terjaga...marilah kita sama2 mengambil ikhtibar daripada cerita di bawah ini...
KISAH IKTIBAR DI PENJARA SG. BULOH.
Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN....iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.Dia digantung pada subuh pagi jumaat.Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.
Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.
Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut sepertimenggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.
Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekatpd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.
Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.
Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.
Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.
WALLAHU A'LAM,
Tuesday, 29 May 2012
BERPAKAIAN TAPI TELANJANG
Allah Rabbul’Alamin berfirman di dalam kitab-Nya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaaan Allah ta’ala, mudah-mudahan mereka selalu ingat“ ( Al-A’raf : 26 )
Telah nampak tanda-tanda akhir suatu zaman, hari kiamat kian dekat. Kita lihat di sekeliling kita, betapa banyak wanita muslimah berlalu-lalang di jalan-jalan tanpa rasa malu sedikitpun menanggalkan pakaian identitinya sebagai wanita Islam. Amatlah sulit hendak dibezakan di antara wanita muslimah dan wanita kafirah. . Na’udzubillahiminzalik.
Kita beringat dengan sabda Rasulullah shalallahu’alaihi wasallam : “Pada akhir ummatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bongkol ( punuk ) unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk“.
Di dalam hadis lain terdapat tambahan: “Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan memperoleh baunya syurga, padahal baunya jannah itu dapat dicium dari perjalanan ( jarak ) sekian dan sekian “ (HR. At-Thabrani) dalam “Al-Mu’jam As-Shagir” hal 232 dari hadis Ibnu Amru dengan sanad shahih.
Ibnul Abdil Barr berkata : “ Yang dimaksud Nabi Salallahu’alaihi wasallam adalah kaum wanita yang mengenakan pakaian yang tipis, yang dapat mensifatkan ( menggambarkan ) bentuk tubuhnya dan tidak dapat menutup atau menyembunyikannya. Mereka itu tetap berpakaian namanya, akan tetapi pada hakikatnya telanjang”.
Dalam kitab protokolat yahudi yang disampaikan oleh seorang tokoh misionaris yahudi yang terkenal Iaitu Samuel Zwemer, dia mengatakan : “Kita tidak boleh mengeluarkan umat Islam dari agamanya untuk berpindah agama lain, akan tetapi yang akan kita lakukan adalah menjauhkan umat Islam dari ajaran agamanya, sehingga yang ada nantinya adalah generasi-generasi yang jauh dan bodoh terhadap ajaran Islam, umat Islam yang asing dengan Islam itu sendiri, sehingga nantinya mereka justeru bangga dengan pola pikir budaya barat dan bertingkah laku seperti orang-orang barat.”
ADAKAH SEPERTI INI YANG DIMAKSUDKAN OLEH TOKOH MISIONARIS YAHUDI ???
diperintahkan oleh Allah ta’ala di dalam surat An-nuur : 31 yang bermaksud :
“ Katakanlah kepada wanita yang beriman : “ Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang ( biasa ) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara mereka…”
Dan juga Allah ta’ala perintahkan dalam surat Al Ahzab : 59 “
" Hai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “ Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. “ Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah ta’ala adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” Tidak ada ajaran didalam agama manapun yang mampu menjaga kehormatan seorang wanita, selain didalam ajaran Islam.
“ Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah ta’ala dan seruan RasulNya apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah ta’ala membatasi antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan “ ( Al-Anfal : 24 ).
Wallahu ta’ala a’lamu bisshowab
Subscribe to:
Posts (Atom)












































