Pages

Wednesday, 13 February 2013

::SWEETY::

1001 kenangan yg tersirat dan tersurat 

lagu dari se"dia"... hehe :-)











::say NO VALENTINE DAY::



~alahai ciannya law dapat pakwe/makwe yg say "yes valentine day" 2... nmpk sgt dia cuma syg kat korang 1 hr je dalam setahun~


~say "no valentine day" brulah mnunjukkan dia syg kat korang setiap hari~ :-)



Sejarah Valentine Day
Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masehi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka.
Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.
Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani.
Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakanya.
Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.
Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka padaketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun.
Para pendeta memandang bahwa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan, oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendeta Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.
Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.
Itulah beberapa gambaran kisah disebalik Hari Kekasih @ Valentine Day dan semua berkaitan agama Nasrani @ Kristian. 

Hukum Sambutan Valentine Day
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.)
Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi.
Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, 3512.)
Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)





BERUBAH HANYA DENGAN 5 CARA


~JOM SAMA-SAMA BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN~

perubahan itu hanya akan datang atas kehendak dan tekad diri sendiri... nak share le satu kisah ngan korang.. dulu2 punye citer ler.. tp tak pe,,, layan jer yg pntg pa yang baik itu kita jadikan pngajaran yer.. :-)
masa kecik2, aku ni antara yang jahil tentng agama ni (sekrng pun masih gak ketandusan sal ilmu agama ni).. jd nak d jadikan cerita.. aku ada seorang kawan yang berasal dari indonesia.. dia ni alim,. cantik,, ttup aurat.. law sal ngaji jgn sebut  la, mmg sedap law dia taranum.. juara 2...

masa sekolah agama, kami solat la sama2 (padahal tyme 2 aku taw solat ni sikit2 jak,law aku xtaw aku tgk dia... hehe).. masa tahiyat akhir aku ddk la cm biasa kita solat 2.. pas solat ea tegur aku, "knp ko tahiyat akhir menunjuk org depan?" ...... aku blur... tionng2,,, upanya dia solat tgk org gak... haha

nak taw tak satu fakta, dia la yg suh aku berubah tuk jd baik... dia slalu cite sal agama.. aku pun tertarik ngn agama.. ms 2 aku berubah dh.. tp xla master ngan ilmu agama ni.. cikit2.. :-) tapi dengan izin Allah, aku dpt tawaran belajar d SMKA.. di snlah titik permulaan aku mencintai Allah.. Alhamdulillah..

~KALAU NAIT KITA BETUL, HANYA DENGAN 1 MALAM KITA BOLEH BERUBAH~

1 perkara yg aku nak kongsi ngn korang... cuma kita mesti ingat, law nak berubah 2 mula2 mesti betulkan niat kita... apa yg pntg, perubahan kita 2 jgn sesekali sebab org.. tp ats kehendak kita sendiri k.. law berubah sbb org, cayalah kita pasti akan berubah sekejap je..

contohnya, law pakwe suh pakai tdung sbb law pkai tdung pakwe kata cantik... tp law dh putus....... GOOD BYE TUDUNG... jgn g2 k.. laaa pakwe suh pakai tdung,bukan dia leh bg phala kat kita,, tp Allah suh pakai tdung (mnutup aurat), kita dpt phala, terhindar dr pkara bhya, maruah terjaga dan bnyk g..

~JOM PRAKTIKKAN 5 CARA UNTUK BERUBAH DI BAWAH NIE~








Thursday, 27 December 2012

RAHSIA DISEBALIK PRODUK HERBALIFE


Nutrisi dalaman@ Inner nutrision

Formula 1 Nuritional Shake Mix
  • Nutrisi Selular yang merupakan makanan seimbang.
  • Hanya mengandungi 90-250 kalori setiap hidangan.
  • Mengandungi 55 nutrien penting, 18 asid amino, Fibre, Serat dan Herba. Kesemua nutrien penting yang diperlukan oleh badan.
  • 9 g protein dan serat yang membantu menyokong pengurusan berat badan.
  • 0 kolestrol, 0 lemak trans.
  • Mempunyai 5 perisa yang enak.
  • Memberikan khasiat, rasa kenyang dan tenaga dengan nutrisi selular.

Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder
  • 5% gram protien tanpa lemak setiap sudu
  • Menghalang rasa lapar
  • Membantu meningkatkan aktiviti antioksidan & vitamin
  • Pycnogenol menyokong pengeluaran tenaga selular, fungsi vaskular dan sistem immiun
  • Botani, nutrien dan antioksidan mujarab yang terpilih
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan cepat
  • Mengelakkan fenomena yo-yo dalam penurunan berat badan
Tea Mix - Lemon and Hibiscus
  • Menyegarkan dan memberikan tenaga.
  • Mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Mengurangkan selera makan.
  • Anti-Oksidan yang semulajadi.
  • Menjalankan Detoxifikasi ( pencucian dalam tubuh ) secara semulajadi.
Herbal Aloe Concentrate
  • Diekstrak dari Aloe Vera / pati lidah buaya berkualiti tinggi, yang kaya kandungan nutrisi, vitamin, dan mineral.
  • Minuman menyegarkan dan tonik pencernaan.
  • Mampu membersihkan pencernaan dalam usus sehingga menyerap nutrisi dengan lebih cepat.
  • Mempercepat detoksifikasi atau pembuangan toksik dari dalam tubuh.
  • Memperbaiki gangguan pencernaan.
  • Disebut “TURBO / BOOSTER” yang membuat produk Herbalife lainnya bekerja 40% lebih cepat dalam mempercepat program pengendalian berat badan.
Omega 3 Fish Oil
  • Mengandungi EPA dan asid lemak DHA Omega-3 dan sebatian unik herba untuk kesihatan kardiovaskular dan sendi.
  • Meningkatkan kesihatan jantung dengan Omega-3.
  • Mengekalkan tahap kolestrol dan trigliserida yang berada dalam linkungan normal.
  • Mengandungi antioksida vitamin E untulk perlindungan terhadap radikal bebas.
  • Trigliserida : Trigliserida adalah lemak dalam darah. Semua lemak yang kita makan ialah trigliserida. Mereka lalu ditranspor melalui aliran darah untuk dimanfaatkan sebagai sumber tenaga tubuh. Asam lemak yang membentuk trigliserida dimanfaatkan sebagai sumber tenaga yang diperlukan oleh otot-otot tubuh untuk bekerja atau disimpan sebagai cadangan tenaga dalam bentuk lemak. Mirip dengan yang terjadi dengan kelebihan kolesterol atau gula darah, kadar trigliserida yang berlebihan dalam darah dapat mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

JOM KENALI HERBALIFE










FUNGSI SETIAP PRODUK HERBALIFE

Formula 1 (F1)


Membakar lemak berlebihan dalam badan 

Memberikan rasa kenyang dan tenaga

Setiap hidangan mengandungi 8.65g protein soya

Kaya dengan fiber (serabut)

Mengandungi Vitamin, mineral dan semua zat asas yang diperlukan badan

Formula 3 (F3) 


Membantu "fit"kan badan selepas pembakaran lemak
Membantu pengambilan protein yang cukup seperti disyorkan

Setiap satu sudu mengandungi 5g protein soya

Menguatkan otot badan

Membentuk badan lebih langsing

Tea Mix



Memberi tenaga segera (akan kekal cergas walaupun tidak mengambil makanan berat)

Mengenyangkan

Mengawal selera dari makan makanan ringan yang boleh menaikkan berat badan

Mempercepat pembakaran kalori dan lemak

Antioksidan

*Produk-produk ini tidak untuk tujuan mendiagnos, merawat, mengubat atau mengelak sebarang penyakit. Amalan nutrisi yang baik dan konsisten akan membantu organ-organ untuk berfungsi melawan penyakit secara semulajadi.

SIAPA HERBALIFE???



Herbalife diasaskan oleh Mark Hughes. Semasa beliau remaja, beliau tidak sanggup menyaksikan bagaimana kesihatan ibunya menjadi semakin buruk selepas ibunya mencuba satu demi satu diet yang tidak berjaya. Tragisnya, setelah melalui begitu banyak amalan yang tidak sihat, ibunya meninggal dunia ketika berumur 36 tahun. 

Mark bertekad untuk mengabdikan hidupnya menolong orang ramai menurunkan dan mengawal berat badan dengan efektif dan selamat. Pada tahun 1980, beliau melancarkan Herbalife dan dengan penuh kapakaran membina reputasi sebagai pembekal produk-produk pengawalan berat badan, nutrisi dan penjagaan diri. 

Herbalife hanya menggunakan vitamin, zat galian, herba dan botani yang terbaik dalam produknya. Pasukan kajian dan pembangunannya menggabungkan sains dan sumber asli untuk menyediakan produk mempertingkatkan kesihatan menggunakan teknik termaju yang sempurna untuk semua peringkat umur. Sama ada anda sedang cuba mengurangkan berat badan atau sebagai tambahan kepada diet anda untuk nutrisi optimum atau supaya kelihatan segak dengan produk penjagaan diri, Herbalife menawarkan sesuatu untuk semua.