Pages

Tuesday, 29 May 2012

BERPAKAIAN TAPI TELANJANG

Allah Rabbul’Alamin berfirman di dalam kitab-Nya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaaan Allah ta’ala, mudah-mudahan mereka selalu ingat“ ( Al-A’raf : 26 ) 

Telah nampak tanda-tanda akhir suatu zaman, hari kiamat kian dekat. Kita lihat di sekeliling kita, betapa banyak wanita muslimah berlalu-lalang di jalan-jalan tanpa rasa malu sedikitpun menanggalkan pakaian identitinya sebagai wanita Islam. Amatlah sulit hendak dibezakan di antara wanita muslimah dan wanita kafirah. . Na’udzubillahiminzalik.

Kita beringat dengan sabda Rasulullah shalallahu’alaihi wasallam : “Pada akhir ummatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bongkol ( punuk ) unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk“. 

Di dalam hadis lain terdapat tambahan: “Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan memperoleh baunya syurga, padahal baunya jannah itu dapat dicium dari perjalanan ( jarak ) sekian dan sekian “ (HR. At-Thabrani) dalam “Al-Mu’jam As-Shagir” hal 232 dari hadis Ibnu Amru dengan sanad shahih.

Ibnul Abdil Barr berkata : “ Yang dimaksud Nabi Salallahu’alaihi wasallam adalah kaum wanita yang mengenakan pakaian yang tipis, yang dapat mensifatkan ( menggambarkan ) bentuk tubuhnya dan tidak dapat menutup atau menyembunyikannya. Mereka itu tetap berpakaian namanya, akan tetapi pada hakikatnya telanjang”. 

Dalam kitab protokolat yahudi yang disampaikan oleh seorang tokoh misionaris yahudi yang terkenal Iaitu Samuel Zwemer, dia mengatakan : “Kita tidak boleh mengeluarkan umat Islam dari agamanya untuk berpindah agama lain, akan tetapi yang akan kita lakukan adalah menjauhkan umat Islam dari ajaran agamanya, sehingga yang ada nantinya adalah generasi-generasi yang jauh dan bodoh terhadap ajaran Islam, umat Islam yang asing dengan Islam itu sendiri, sehingga nantinya mereka justeru bangga dengan pola pikir budaya barat dan bertingkah laku seperti orang-orang barat.”

ADAKAH SEPERTI INI YANG DIMAKSUDKAN OLEH TOKOH MISIONARIS YAHUDI ???









diperintahkan oleh Allah ta’ala di dalam surat An-nuur : 31 yang bermaksud : 

“ Katakanlah kepada wanita yang beriman : “ Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang ( biasa ) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara mereka…” 

Dan juga Allah ta’ala perintahkan dalam surat Al Ahzab : 59 “ 

" Hai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “ Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. “ Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah ta’ala adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” Tidak ada ajaran didalam agama manapun yang mampu menjaga kehormatan seorang wanita, selain didalam ajaran Islam. 

“ Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah ta’ala dan seruan RasulNya apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah ta’ala membatasi antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan “ ( Al-Anfal : 24 ). 

Wallahu ta’ala a’lamu bisshowab



Wednesday, 14 March 2012

CINTA PALSU, CINTA IKHLAS

"SESUNGGUHNYA CINTA ITU BUKAN SEKADAR KATA-KATA... CINTA ITU ADALAH LIMPAHAN KEINGINAN YANG TUMPAH KE DALAM HATI YANG SANGAT MEMERLUKAN"

diriku kini diulit rasa manisnya cinta... cinta dari seorang hamba yang sudah hampir setahun kukenali... detik masa berdetik pergi... tanpa melihat apa yang ada pada masa dan detik yang telah pergi... hari berganti hari,,, diriku semakin mengenali tingkah lakunya... hatiku senang tatkala diri ini disayangi... hatiku gusar tatkala dirinya menjauh dariku... setaip hari anganku silih berganti...inginku hiasi dirinya dengan kasih dan sayangku....

tapi...

detik manis kini berganti pahit... orang tua2 kata, bergaduh adalah adat bercinta,,,, sejenak fikiranku melayang memikirkan kata2 itu... betulkah bergaduh 2 adat bercinta??? bagaimana sudah kahwin nanti??? adakah itu akan menjadi lebih teruk???

benakku tidak mampu untuk memikirkan persoalan demi persoalan yang ligat bermain-main di benak fikiranku... aku hanya mampu membuangnya jauh dari hidupku.... kesukaran kutempuhi...kesedihan ku alami... kerisauan menyelimuti hidupku... tidak mampu untuk aku meleraikan persoalan ini...

subhanallah... cinta itu manis,,, indah... membahagiakan...tidak membebankan...

kini, kesedihan meyelimuti malamku... malam nie aku dah tak aktifkan lagi FB... aku rasa melalaikan diri yang lemah ini... inginku tempuh segala kesukaran dan rintangan ini.... tapi.... apakan dayaku... aku hanya hamba yang lemah...

mungkin dia menganggapku seorang yang dramitic...seorang yang suka beralasan... seorang yang puitis dengan alasan...mungkin,, aku hanya peneman sepinya... mungkinkah aku ini tidak layak tuk dicintai dan disayangi,,,? kejamkah aku??? kenapa aku seolah2 hamba tmpt dia melepaskan amarahnya??? jiwaku sering menjerit mengatakan aku sayang kat dia.... tapi....

tiada siapa yang tahu kelukaan hatiku ini melainkan ALLAH... aku seorang perantau yang jauh dari keluarga... hidupku penuh dengan dugaan...setiap hariku meronta-ronta meminta pemahaman dari seseorang tuk menemaniku memikirkan halangan dan cabaran yang datang bergolek...sungguh berat ujian yang Allah berikan kepadaku...setiap hariku, ku gagahkan diriku tuk bangun dari ujian ini... kerana aku percaya bahawa ALLAH itu sentiasa bersama2 dengan orang yang bersabar....

kini,,, aku tidak dapat rasakan cinta mahupun kasih sayang dari orang yangku sayangi...aku hanya berdiri keseorangan tanpa teman... mungkin inilah hakikat hidupku yang mesti aku terima...
kini,,, aku dah tak mengharapkan cinta dari seseorang sebab cintalah yang membunuh hidupku selama nie...

p/s : maafkan sha...andai diri ini pergi jauh darimu,,,janganlah dikenangan silam antara kita,,, pudarnya perasaanku,,, maka pudarlah juga silam antara kita,,,,

kini, aku terlalu lemah... aku tidak mampu lagi nak menjadi tempat lepas amarahmu... izinkan aku pergi jauh... aku tak akan menganggu hidupmu lagi... aku tak sanggup hadapi semua ini....

cintaku hanya satu,,, sayangku cuma kekasihku iaitu :-



diriku hanya singgah sementara... tatkala gembiramu membuai jiwamu...
diriku hanya singgah sementara... tatkala senyumanmu terukir dibibirmu...

diriku akan pergi... tatkala dirimu tidak memerlukanku lagi...
diriku akan pergi... tatkala dirimu disirami cinta insan lain...

kini... diriku pergi bagai masa yang berlalu...
kini... diriku pergi bagai asap yang kian hilang ditiup angin...

HIKMAT APA YANG TIDAK DIKETAHUI...

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik...

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharap pertolongan ALLAH...

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk kita...

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk diri kita dan kehidupan kita pada masa depan...

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya...

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal...

wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya... hari esok pun tidak pasti akan menjadi milik kita...gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA...


Saturday, 10 March 2012

HATI MANUSIA ATAU SYAITAN???


perkongsian ilmu melalui kisah benar...

saya ada seorang pak cik yang amat baik hati... dia merupakan adik tiri ayah saya... setelah sekian lama belajar akhirnya dia berjaya menamatkan pelajaran dengan keputusan yang amat membanggakan semua ahli keluarga sehinggalah dia mendapat jawatan terpenting dalam sebuah syarikat yang amat terkenal...meskipun telah menjawat jawatan yang amat tinggi tetapi dia tetap menjadi dirinya sendiri iaitu seorang yang amat baik hati, pemurah, tidak sombong dan hencem....

suatu ketika dia telah pergi riadah bersama rakan2 sepejabatnya.... mereka pergi bermain badmintan... tiba2 pak cik pengsan...dengan keadaan cemas, rakan2 pak cik sy nie pun bawa pak cik ke hospital...pas smua dh kena check... doktor tak dapat kesan pe penyakit pak cik sy...

ahli keluarga pun cari alternatif len... iaitu menggunakan ubat kampung dengan membawa seorang ustaz tuk merawat pak cik saya... pas2 beberapa jam, ustaz pun selesai merawat pak cik... MASYAALLAH, ustaz tue menemui satu kain putih yang berikat lima yang sama seperti bentuk mayat di dalam badan pak cik...tetapi malangnya semua tue dah terlambat... pak cik saya dah pun lumpuh....

tahun berganti tahun, keadaan pak cik saya sama seperti mayat hidup... jika hendak dilihat seperti tulang yang dibaluti dengan kulit yang masih lagi bernyawa... masyaAllah.. sesungguhnya Allah sahaja yang mengetahui penderitaan yang ditanggung oleh pak cik... makan melalui hos dari hidung... begitu juga minum...bergerak tak dapat,,, hanya mata yang bergerak kekri dan ke kanan....

selama sakitnya,,, kami sekeluarga tak pernah lupa menziarahinya... setiap kali saya ikut bapa menziarahi adik bongsunya itu pasti ayah akan mengalirkan air mata... begitu juga pak cik,,, walaupun dia tak menjawab apa yang ayah cakap,,, tapi dia seolah2 faham dan mendengar apa yang ayah cakap... rasanya tak sanggup sy nak tengok pak cik dalam keadaan begitu... SIAPALAH MANUSIA YANG BERHATI SYAITAN YANG BERMAIN DENGAN SIHIR TU??? sesungguhnya Allah tu maha adil, kebaikan ganjarannya syurga Allah... kejahatan balasannya neraka yang terpernah jemu membakar orang2 yang melakukan dosa...

hampir 9 tahun pak cik menanggung derita dengan sihir dari orang... akhirnya pada hari ini iaitu 10 march 2012 pak cik telah dijemput oleh Illahi tuk menemuinya... mudah2an pak cik berada bersama2 orang2 yang beriman... aminnnn~ al-fatihah....

wahai orang2 yang berkawan dengan syaitan untuk menyakiti manusia lain, ingatlah bahawa api neraka tue sedang memanggil2 awk tuk dibakar....

firman ALLAH SWT yang bermaksud :

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."
Al-Baqarah , 102
 


marilah kita amalkan doa tuk elak sihir dan pukau... sebab kita tak tahu niat seseorang kepada kita...
1) baca doa ini.


"dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudharatan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan DIAlah ALLAH yang maha mendengar, lagi maha mengetahui."

2) ayatul kursi.
3) al-muawwizat (surah al-ikhlas, al-falaq dan an-naas).
4) berniat lakukan amalan di atas agar ALLAH hindarkan dari apa jua bahaya.


insyaAllah, Allah melindungi kita dari sebarang niat jahat dari orang2 yang bertopengkan syaitan,,,amin ya rabb al-amin,,,,,....

Sunday, 5 February 2012

BERCOUPLE,,, ENDINGNYA APA???

ribut mahupun taufan tak de... tapi entah mengapa tiba-tiba sahaja layang-layang yang diikat dengan tali yang kukuh boleh terputus talinya.... adakah mungkin tali layang-layang itu telah reput disebabkan usianya yang kian meningkat atau ada anai-anai perosak yang telah memakan tali layang-layang itu??? jom kita korek rahsia disebaliknya........ :-)

layang-layang dan benang ibarat dua hati yang sedang teguh berkasih....benang ditarik maka layang-layangnya akan mengikut,,, layang-layang yang putus talinya terbang tanpa hala tuju...benang jatuh terkulai tapi tetap teguh bila digulung dalam satu gulungan yang sempurna....

aku telah membuat satu layang-layang dengan segulung tali yang amat dan teramat kukuh...tapi malangnya layang-layang itu tak sekukuh yang aku sangkakan...rupa-rupanya layang-layang yang aku simpan selama ini dimakan oleh anai...oooooooo sakitnya hati bila anai tu datang menjadi perosak....bayangkanlah,,, jika kita sayang benda tue, tetiba je bila kita lihat semula dia dah disarangi anai.... hancur rasa hati kita kan...???pasti!!!

hal ini aku kinayahkan dengan kisah cinta jarak jauh.... (berdasarkan pengalaman)..

perempuan dan lelaki nie bercinta sejak zaman sekolah menengah lagi... diorang nie bercinta satu umur tapi berlainan sekolah...diorang nie pasangan kekasih yang tak pernah gaduh.... selalu je happy bab dua-dua saling memahami dan bertimbang rasa antara satu sama yang lain...hubungan dorang pun dah direstui oleh keluarga... bestkan...!!! rasanya tak de masalah le law nak mesej taw bergayut kan...law dating 2 tak taw la plak.... hehehe

pas habis je SPM,,, perempuan nie dapat tawaran tuk melanjutkan pelajaran ke semenanjung Malaysia... yang lelaki nie pulak meneruskan pengajiannya di sabah je...demi masa depan kedua-dua pasangan kekasih nie pun terpaksa berpisah tempat buat sementara waktu....bak kata pepatah "jauh di mata dekat dihati...."

dalam beberapa bulan selepas berjauhan lelaki nie masih g okey... tapi sifat lelaki tue cam dah berubah sedikit demi sedikit... dari masa tue lelaki tue kurang dah call perempuan tue... mesej pun jarang dah di balasnya...tapi pada masa tue perempuan tue dah dapat rasakan kelainan yang berlaku kat lelaki tue... hati perempuan tue mula dah tak tenang,,,, jadi masa tue dia nak sangat membuke facebook pakwe dia nie... mesej tak dapat dibuke... so, dia tengok le gambar2 pakwe dia nie.....jing....jing....jing.....


YA ALLAH!!! hancurnya hati perempuan tue bila melihat gambar pakwe dia cam gambar kat atas tue... berdua-duan dengan perempuan lain.... bukan setakat tue je... siap letak tangan kat bahu perempuan tue lagi tue.... hancurnya hati cam kaca kat bawah nie..... huhuhuhuhu... bukan tue je... siap berkomen2 lagi tue... ber"sayang2" bha si kawan.. perempuan nie cam nak pengsan je rasanya...

jadi dengan perasaan amarah yang membuak2,,,, perempuan nie pun call le pakwe dia nie... nak minta kepastian... dengan nada slumber pakwe dia kata tue just posing time kawan ambik pic... tak masuk akal langsung...perempuan tue terus off handphone... pastu boleh2 lelaki tue buat de je... mesej tak... apatah lagi nak call....

hancur hati....hubungan selama ini dibina dah hancur,,,, ibarat layang-layang yang terputus talinya yang terbang jatuh tanpa ada hala tuju,,,huhuhu...hancur berderai....dah le peristiwa hitam nie berlaku time birthday perempuan tue...menangis air mata darah perempuan tue alamatnya....


selama nie perempuan tue percaya bahawa lelaki tue tak kan curang walaupun jarangnya beribu batu sebab lelaki tue amat baik... seolah2 law dia pijak semut pun tak mati.. tapi hakikatnya sebaliknya...nie bukan lagi "jauh dimata tapi dekat dihati"..... ini dah jadi "jauh dimata, senang cari lagi..." betul tak??

hati perempuan pada masa itu seolah2 dipijak-pijak oleh lelaki tue di hadapannya sendiri... sakitnya tue.... huhuhu.. sama le gak cam kartun kat picture kat bawah nie... bile je perempuan tue bagi hatinya kat lelaki tue,kemudian lelaki tue terima...tapi apa yang dia buat selepas 2... dipijak2nya... seolah2 hati perempuan nie tak berharga....(pada pandangan saya je....)

namanya je lama dah bercouple... tapi akhirnya pasti kecewa... pasti perempuan tue akan mendapat 2 ucapan yang berbeza iaitu yang positif (lamaran tuk jadi isteri) taw yang negatif (berpisah, putus, break, kita tak de apa2 hubungan dah...dan bermacam2 lagi)... tapi lebih banyak yang negatif kan....

jika nak buat layang-layang yang betul2 teguh,,, yang tak akan jatuh taw musnah dilanggar layang-layang lain... buatlah dengan ilmu dan dengan tatacara membuat layang2 yang betul...supaya layang-layang itu tetap elok sehingga kita turunkannya semula dari udara... dan tak kan di makan anai walaupun berdekad lamanya kita menyimpannya....

p/s : bercintalah secara halal iaitu bercinta selepas kahwin... :-)

Friday, 3 February 2012

PEMERGIAN YANG TAK DISANGKA

YA ALLAH... sedihnya rasa dihatiku ini... sebak yang amat teramat menimpa diriku.... kini aku berada jauh diperjuangan tetapi dalam masa yang sama orang yang amat ku sayangi dan kasihi serta rindui telah dijemput oleh ALLAH... bertapa besarnya ujian yang ALLAH berikan kepadaku... sedang aku menanti detik2 yang amat kuharapkan dan nantikan dengan kesabaran yang memuncak... tetapi penantian itu tiada penghujungnya bile mendengar berita pemergian arwah nenek yang amatku sayangi (sedekah al-fatihah kepada arwah)...

tyme final exam semester 2...
bertapa berat beban yang ku alami bile mendengar nenek masuk hospital... sy tak taw cam na nak gambarkan bertapa merontanya hatiku ketika itu nak balik ke sabah bile mendapat panggilan telefon dari mak yang mengkhabarkan bahawa nenek yang amat memanjakan aku telah masuk hospital bab jatuh di bilik mandi.... :'(

"jangan le risau... nenekmu tak de pa2 gak.. insyaALLAH nenek akan keluar dari hospital tak lama lagi... jwab exam 2 baik2 yer,,, nenek n kami semua di sini nak tgk ko berjaya..."dengan bertemankan kata2 semangat dari mak,,, yang nak aku habiskan final exam dulu baru balik sabah, aku tabahkan hatiku untuk menjalani hari2 yang mendatang...

aku langsung tak dapat tumpukan perhatianku semasa final exam tue... aku menangis setiap hari... hari2 hatiku meronta2 nak blik ke sabah... tapi apalah dayaku... aku hanya insan yang lemah.... yang hanya mampu berdoa demi kesihatan nenekku... walaupun nenek tak mendengar kata2ku... tapi sesungguhnya ALLAH maha mendengar rintihan umatNya...pada masa itu,,,hanya satu yang ku harapkan,,, aku hanya nak sempat untukku mencium tangan nenek dan dapat melihat wajahnya yang sentiasa senyum....

hari last final exam semester 2...
habis je paper last masa final exam,,, mak kol,,. mak kata "nenek ok dah,,, jangan le risaw....insyaALLAH sempat g ko tgk nenek...." bertapa berbunganya hatiku masa tue... pastu adik lak yang bercakap... "kak,, nenek nie asyik2 tanya sal ko je... nenek kata nak sangat jumpa ko... dia nak tengok ko kak,,, hari nie je, lima kali dah nenek panggil2 nama ko...tapi kami kata ko jauh,,ko belajar di pahang... tapi tak lama lagi balik... sabar yer nek...""" ya ALLAH,,,, masa tu gak airmataku jatuh membasahi bumi Allah... aku betul2 tak tahan dengar kata2 adik 2... kalau le dekat,,,aku sanggup balik masa tu juga...

rasa tak sabar nak balik sabah menguasai diriku ini... maklumlah 2 hari je lagi nak balik sabah...rutinku di asrama aku teruskan seperti biasa.... pas solat maghrib aku ngan kawan2 senegeri pun melayan le cerita korea... maklumlah aku nie layan gak cite2 g2... hehehe....

tiba-tiba................................
ringggg..... ringggggggg,,,, ringgggggggggggggggg.... aku pun tengok le kat screen phone aku nie... terpapar kat situ "lovely father"... aku pun jawab le panggilan dari ayah aku cam biasa... ngan sapaan yang mesra... pas aku bagi salam... ayah aku nie diam je... aku pun hairan le... pas 2 aku pun tanya... "kenapa nie pa???" nie bapa nak bagitaw... tapi jangan le sedih yer... sabar je... "nenekmu dah tiada..." YA ALLAH... cam nak pengsan aku dengar... tyme 2 aku memang nangis semahu2 ku... perasaanku mmg tak dapat dibendung lagi... kawan2ku smua tanya... "kenapa pija".. aku pun gtaw dorang... dengan nada suara yang bercampur ngan tangisan..." ne....ne..k aaa...ku me..me... mening...gallllllllll" aku terus menangis... semua kawan2ku memeluk aku... memberi semangat kat aku.... YA ALLAH... masa 2 baru aku taw siapa kawan aku selama nie... merekalah kawan2 yang sejati... mereka gak yang menemaniku membaca yasin kepada arwah nenekku... dorng sanggup tak tido selagi aku tak tido.... (i love u frens)....

sesungguhnya kepulanganku pada hari itu disambut dengan pelukan dari saudara-maraku.... mungkin dorng dapat rasakan kesedihan aku masa tu... huhuhuhuhu.... :'(

masuk je aku kat rumah,,, aku g tempat tido arwah nenekku... aku nangis kat sana bile aku tengok semua pakaian2 arwah.... sebak sangat hatiku masa tue.... pas aku dah reda sikit,,, ayah bawa aku melawat kubur arwah....demi menjaga adab menziarahi tanah perkuburan... aku tahan tangisanku...aku pun membaca yassin kat situ....




maksudnya : " dan (ingatlah), ALLAH tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan ALLAH amat mendalam mengetahuiNya mengenai segala yang kamu kerjakan". (surat Al- Munafiqun : Ayat 11)



hanya satu harapan dan doaku... semoga arwah nenek berada ditempat orang2 yang beriman... dan semoga aku dapat jumpe arwah nenekku di syurga kelak.... amiiiin..

p/s : hargailah apa yang ada dihadapan anda dan jangan mensia-siakannya,,, sebelum dia pergi meninggalkan kita...kerana hilangnya pasti tak de ganti....

Friday, 27 January 2012

LAYAN JER!!!

tok tok tok
assalamualaikum wbt~
eh do orang rupnya,,, ingatkan tak de orang tadi... hehehe

lamanya dah tak tulis pe2 kat blog nie... alkisah bermula gini... sebetulnya aq nie dah ada tiga blog..tapi entah kenapa malang sangat nasibku nie... dua dah blog aku terblock...hehehe...blog nie tak taw le pe nasibnya nanti.. arap2 tak le terblock lagi...hehe..penat dah aku buat blog nie...tapi tak le cantik sangat blog aku nie... tapi boleh tahan ler.. hehehe..kat blog nie tak taw aku nak share pe lagi kat korang... pe pendapat korang law aku cite sal kisah cinta??? mesti korang layan gak kan... hehe..

aku nie sebetulnya memang suka menulis...pernah dah aku menang dalam penulisan cerpen.. tapi semangat aku nak menulis nie mula luntur dari tue la gak... nak taw sebab apa??? sebabnya hadiah yang aku dapat tue diambil oleh seseorang yang menjadi penasihat dan pembimbing aku jadi penulis... dui nah kecewa habis bha aku...tapi pe boleh buat kan..terima jak le,,,emm, anggap je sebagai balasa bab dia ajar aku... hehehe,, sokong tak??? ala layan jak bhaaa... :-) (ui nah, baik hati gak aku nie rupanya yer...hehe,,, perasan cikit jak bha,,)

alamak!!! nak tulis pe lagi nie ah...lampau banyak idea nie susah gak.. tak taw nak tulis pe lagi... emmm, nak taw tak bila start saya menulis??? law korang tak nak taw pun aku nak cite juga,,, hehe.. alkisah bermula bila aku masuk ke sekolah menengah...tyme tue aku form 1,,, ada la cikgu BM kami nie suruh kami buat karangan...sal apa tue erk?? ala lupe lak... tapi yang pasti tyme tue semua pelajar buat ending karangan tue ngan happy ending... entah pe mimpi aku tyme tue nak buat sad ending... kununnya le cikgu tue tersentuh bila baca karangan aku tue...cikgu2 yang lain pun ada baca,,,

pastue pengetua beb yang panggil aku... ui nah punya men takut aku tyme tue... ingatkan aku ada buat salah...cam maw nangis bha aku..maklmlah aku nie cengeng sikit.hehe.. (malu pulak)..rupa2nya pengetua nak hantar aku tuk menyertai seimbara penulisan cerpen... hehehe.. hepinya aku tyme tue...habis syiling RM5 call mama dan bapa di kampung...almaklumlah budak skema..HP tak bw ke sekolah 2....hehe..

pastue aku pun menulis le..banyak benda yang aku tulis...sampai kat kain sekolah pun aku tulis,..hehe..top2 aku dapat tempat ketiga tue..dah le peringkat negeri... happynyer....heheh :D tapi kegembiraan tue tak lama,,,bayangkan le,,dah ada kad jemputan tuk ambik hadiah kat aku,pastue ada la orang tue kata,,aku tak yah datang,,,cikgu je wakil... aku nie pun ngok juga,aku bg la dia wakil aku...last2 aku yang putih mata,,, duit 1500 hilang dengan sekelip mata,,,sijil aku pun entah kemana aku tak taw... start tue tak dah aku menulis,,,

tapi sekarang aku nak menulis balik,,, bab aku nak capai impianku nak jadi novelis... AAMINNNN~